-->

Isu kediaman anak-anak ND Lala; Shila Amzah pertahankan hak, luah segala emosi terpendam

Baru-baru ini adik kepada penyanyi Shila Amzah, Shada Amzah memuat naik status di laman sosial memberikan gambaran mengenai masalah yang berlaku dalam keluarganya.

Syada melalui hantaran tersebut mendakwa mereka sekeluarga bakal dihalau daripada kediamannya. Dia juga menyatakan individu yang tidak dikenali datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Timbul persoalan disitu kerana mereka sekeluarga tidak pernah meletakkan sebarang notis untuk menjual rumah tersebut.

Tidak terhenti disitu sahaja, adik lelaki Shila Azmah, Shafiq Amzah turut mendakwa kakaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan awal sebelum bertindak membuat keputusan tersebut. Dia juga membuat beberapa tuduhan ke atas kakaknya dan menganggap tindakan menggunakan kuasa veto adalah sesuatu yang tidak wajar.

Melihat situasi tersebut semakin tegang, Shila Amzah bagaimanapun menyatakan kediaman tersebut merupakan hal miliknya dan sebagai pemilik dia berhak untuk menjual rumah tersebut.

Tujuan dia berbuat demikian adalah kerana mahu mencari kediaman baharu yang lebih selesa untuk keluarganya selain menyatakan kediaman tersebut penuh dengan elemen-elemen kehidupan yang tidak elok.

@xtra_my

Bagus Shila ni pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga tapi ramai pula salah sangka 😌 #fyp #xtramy #shilaamzah #jualrumah #syadaamzah #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

“Saya nak jual sebab nak kena tanggung, itu adalah rumah saya. Saya pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah tu supaya boleh beli rumah yang lebih baik,” katanya.

Seolah sudah lama memendam rasa, Shila menyatakan sudah penat dengan berdepan dengan kontroversi yang berlaku dalam keluarganya. Dia juga tidak menyangka setelah banyak berkorban untuk keluarga, dia akhirnya dituduh sebagai seorang kakak yang tidak bertanggungjawab.

“Kau guna nama kakak kau untuk perhatian dan nak terangkan kebenaran yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa pada kisah dongeng yang kau buat sendiri?

“Kenapa mute aku kalau kau betul. Aku dah sampai limit ni. Aku ada semua resit, jangan ingat aku diam. Aku ni yang bangang. Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi?”soalnya.

Sementara itu,pempengaruh media sosial, Ubai turut berkongsikan mengenai kehidupan isterinya dan mendedahkan isterinya sudah mula bekerja seawal usia 10 tahun dan melalui kehidupan yang mencabar sejak kecil.

Selain itu juga, dia turut mendedahkan Shila berdepan dengan tekanan mental dan fizikal semasa mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya.

Sumber: Shila Amzah, Shada Amzah, UbaiMz, TikTok

The post Isu kediaman anak-anak ND Lala; Shila Amzah pertahankan hak, luah segala emosi terpendam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar