-->

Ambulans terbalik, 2 pegawai perubatan cedera dirempuh pemandu kereta Audi langgar lampu merah di Putrajaya

Satu kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat di Presint 2, Putrajaya malam kelmarin yang membabitkan sebuah kereta Audi dan ambulans.

Nahas kejadian dikatakan berpunca daripada pemandu kereta Audi yang melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh ambulans di hadapan.

Pelanggaran itu menyebabkan ambulans yang membawa seorang pesakit warga emas terbalik.

Pemandu Audi yang berusia 28 tahun itu merupakan seorang pelajar PHD sebuah IPT di Cyberjaya yang berasal dari Iran didakwa memandu dalam keadaan mabuk.

Pelaku juga didapati tidak mempunyai lesen kenderaan dan kenderaan yang dipandu merupakan kereta sewa.

Susulan insiden berkenaan, dua pegawai perubatan hospital Putrajaya cedera manakala pemandu dan pesakit warga emas selamat.

Orang ramai yang melihat kejadian turut memarahi dan mengecam tindakan pelaku terbabit.

Bagaimanapun, hasil ujian ujian air kencing didapati negatif

Sumber: muhamadmToT55, Mohd Redzuan Abdul Manap, Jabatan Netizen Malaysia

The post Ambulans terbalik, 2 pegawai perubatan cedera dirempuh pemandu kereta Audi langgar lampu merah di Putrajaya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar