-->

Pengantin lelaki cabut lari, pengantin perempuan terpaksa bernikah dengan bapa mentua

Sedih dan kecewa. Begitu perasaan yang dirasai oleh seorang wanita di Desa Jikotama, Kecamatan Obi, Halmahera Selatan apabila terpaksa dinikahkah dengan bakal bapa metuanya gara-gara calon suaminya dikatakan telah menghilangkan diri.

Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.

Oleh kerana lelaki berkenaan tidak munculkan diri ketika majlis berlangsung, si bapa mengambil alih tempat anaknya lalu dinikahkan dengan pengantin perempuan.

Kejadian tersebut tular di media sosial dan merakamkan seorang lelaki yang mengenakan kemeja batik berlengan panjang duduk berhadapan dengan individu yang didakwa sebagai bapa lelaki tersebut yang kemudiannya diteruskan dengan acara pernikahan.

Abang kepada pengantin perempuan berkata, keluarganya datang ke majlis berkenaan sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut.

“Para tetamu sudah datang untuk memenuhi undangan pernikahan.

“Keluarga lelaki itu kemudian memberitahu yang anak mereka hilang tanpa dapat dikesan,” katanya.

Tambahnya lagi, adik perempuannya telah menjalinkan hubungan cinta yang agak lama dengan lelaki tersebut. Insiden itu juga telah menyebabkan mereka menanggung kerugian kira-kira RM7,630 untuk mengurukan persiapan majlis. Namun begitu, katanya saat ini mereka belum memutuskan untuk mengambil tindakan udang-undang.

Sumber: Tribun News

The post Pengantin lelaki cabut lari, pengantin perempuan terpaksa bernikah dengan bapa mentua appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar