-->

Pekerja restoran makanan segera dakwa dia telah dimarahi, ditengking & dipaksa jual 10 paket sos cili oleh pelanggan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, mengesahkan pekerja restoran makanan segera yang terbabit dalam insiden sos cili paket dikenakan caj RM10.60, telah tampil memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Remaja perempuan berusia 19 tahun itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. Sekitar tengah hari semalam untuk memberi keterangan. Susulan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Ayer Keroh, kelmarin.

Berdasarkan laporan polis yang diterima, pekerja itu mendakwa dia telah dimarahi, ditengking dan dipaksa oleh pelanggan lelaki berkenaan untuk menjual 10 paket sos cili.

Kejadian itu berlaku pada malam Jumat lalu. Remaja itu turut mendakwa lelaki terbabit turut membuat rakaman video. Bimbang dengan keselamatan diri, dia tampil membuat laporan polis.

Siasatan awal polis mendapati, terdapat pelbagai versi cerita mengenai kejadian itu. Versi pertama, pelanggan berkenaan diminta untuk membayar sos tambahan walaupun telah membeli makanan di restoran itu.

Versi kedua pula, pekerja itu mendakwa dia telah dipaksa untuk menjual sos cili paket itu. Walaupun telah menjelaskan bahawa sos cili itu tidak dijual dan diberi secara percuma kepada pelanggan restoran.

Semakan polis juga mendapati, terdapat satu laporan polsi yang dibuat oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berhubung kes yang sama.

KPDN Melaka telah mengenakan tindakan kompaun terhadap premis tersebut kerana tidak mempamerkan tanda harga.

Terdahulu, syarikat pengendali restoran makanan segera itu tampil memaklumkan, insiden itu berlaku kerana kakitangannya memberi sos cili paket yang tidak mencukupi, bersama hidangan makanan yang dibeli oleh pelanggan.

Hal itu menyebabkan berlakunya insiden 10 sos cili paket tambahan dicaj RM10.60.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette

The post Pekerja restoran makanan segera dakwa dia telah dimarahi, ditengking & dipaksa jual 10 paket sos cili oleh pelanggan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar