-->

‘Diorang (tuan rumah) kan dah bayar, takkan 1 2 bungkus tak boleh tapau?’ – Tetamu berdegil nak bungkus makanan kenduri, tapi dihalang staff katering

Tindakan seorang tetamu di sebuah majlis perkahwinan yang berdegil mahu membungkus makanan, walaupun majlis belum lagi bermula, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Umum mengetahui budaya membungkus atau tapau makanan di majlis perkahwinan semakin menjadi-jadi. Bagaikan tiada sebarang rasa malu dan tidak memikirkan tetamu yang belum menjamu selera.

Hal sedemikian yang membuatkan ada sesetengah majlis tidak mempunyai makanan yang mecukupi untuk tetamu.

Dalam video yang tular di TikTok hari ini, seorang tetamu wanita berkeras mahu membungkus makanan. Tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Time tengah record video lauk pengantin, tiba-tiba dengar kecoh-kecoh pasal ni.

“Dah makan, nak bungkus pulak. Sudahlah kenduri ini menggunakan katering. Majlis belum start, baru pukul 10.30 pagi masa ni.

“Yang mintak tapau dengan budak-budak katering ni, sama-sama tak nak kalah. Korang rasa bila nak habis culture tapau lauk kenduri ni?” kata TikToker Wan Takaful.

@wan_takaful

Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Tetamu: “Diorang (tuan rumah) kan dah bayar, takkan satu ke dua bungkus tak boleh tapau?”

Pekerja Katering: “Tak boleh cik. Kalau akhir-akhir tu bolehlah kita bagi bungkus.”

Tetamu: “Kalau macam ni, saya nak juga!”

Pekerja Katering: “Okay takpe, kita borak dengan manager. Kitorang tak dimaklumkan apa-apa oleh tuan rumah. Manager kitorang pun tak ada cakap apa-apa. Kitorang tak boleh nak buat sesuka hati.”

Tetamu: “Saya nak satu dua jenis lauk je.”

Menjengah di ruangan komen, netizen turut mengkritik tindakan tetamu berkenaan yang langsung tidak mempunyai rasa malu dengan perbuatannya.

“Kalau aku pergi kenduri, jangankan tapau. Nak makan lebih pun malu,” kata Nadia.

“Tokey katering mesti bangga ada pekerja jujur dan sopan macam ni. Makcik.. makcik.. kau ni dah lama buat kerja macam ni,” kata Maeza.

“Nak juga membungkus tu. ‘Setakat 1 ke 2 bungkus, takkan tak boleh tapau’. Tolonglah jangan bawa makcik ni pergi event kat hotel. Risau la,” kata Haziq.

The post ‘Diorang (tuan rumah) kan dah bayar, takkan 1 2 bungkus tak boleh tapau?’ – Tetamu berdegil nak bungkus makanan kenduri, tapi dihalang staff katering appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar