-->

Budak 10 tahun melecur di muka & tangan akibat disambar api daripada tong cat yang meletup dalam timbunan sampah

Tong cat yang dibakar dalam timbunan sampah meletup dan api menyambar seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun. Menyebabkan muka dan kedua-dua belah tangannya melecur.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Tengah, Kluang, Johor itu, mangsa, Mohamad Adam Naufal Abdullah, yang melecur 16 peratus dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Penyewa lama tinggalkan banyak barang

Ibu mangsa, Nurul Atikah Mohd Halim, 28, berkata, sebelum kejadian dia membawa Adam mengemas rumah sewa baharu mereka. Ini kerana, terlalu banyak barang yang ditinggalkan oleh bekas penyewa sebelumnya.

“Penyewa lama tinggalkan barang dan perabot lama, saya meminta Adam membuang kotak untuk dibakar pada timbunan sampah di luar rumah. Tiba-tiba saja ada benda meletup.

“Rupa-rupanya dalam timbunan sampah itu ada tong cat. Memang tak jangka sebab saya tak selongkar timbunan sampah,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro.

Panik melihat keadaan yang menimpa anaknya itu, Nurul Atikah segera membasuh tangan Adam dengan menggunakan air sebelum menyedari bahagian muka anaknya juga terjejas teruk.

Luka melecur tidak rosakkan kulit

Video perkongsian mengenai keadaan Adam juga dikongsikan di TikTok, ramai netizen yang bersimpati dengan kejadian menimpa kanak-kanak itu.

“Doakan anak saya Muhamad Adam Naufal pulih seperti sediakala. Tersambar api dari tong cat meletup dalam timbunan sampah,” kapsyen pada video tersebut.

Bagaimanapun video tersebut tidak lagi dapat ditonton orang pengguna TikTok berikutan pemilik akaun berkenaan telah menetapkan akaunnya kepada mod private susulan menerima banyak komen negatif dari netizen.

Difahamkan, luka melecur yang dialami Adam tidak merosakkan kulitnya dan tiada keperluan untuk mengambil kulit di bahagian paha untuk ditampal di bahagian yang melecur.

The post Budak 10 tahun melecur di muka & tangan akibat disambar api daripada tong cat yang meletup dalam timbunan sampah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar