-->

‘Bila bangunan problem, ini semua salah engineer’ – Jurutera kecewa Majalah 3 tak ‘highlight’ penglibatan engineer dalam pembinaan bangunan Merdeka 118

Baru-baru ini Majalah 3 telah menayangkan satu dokumentari khas pembinaan bangunan Merdeka 118 yang merupakan bangunan yang tertinggi di Malaysia dan juga Asia. Bangunan pencakar langit dengan ketinggian melebih 600 meter itu menempatkan ruangan pejabat, kediaman hotel dan komersil.

Disebalik pembinaan bangunan ini, pelbagai pihak bertungkus lumus dalam memastikan bangunan ini berjaya dibina dengan selamat dan istimewa buat negara.

Tayangan dokumentari khas itu bagaimanapun mengundang rasa kecewa salah seorang dari penyumbang kerahan idea dan tenaga di sebalik binaan bangunan ini, apabila produksi tersebut dikatakan tidak memetik atau menemubual pihak kejuteraan yang terlibat secara langsung dalam binaan tersebut.

“Baru tengok Majalah 3 pasal Merdeka 118. Siapa yang di interview?

“Padahal nak kira structure nak support 17,000 facade cermin tu, Structure Engineer pecah kepala buat calculation.

“Dah banyak structure tu, foundation kena solid. Geotechnical Engineer and Civil Engineer nangis nak fikir kasi bangunan ni ada solid foundation.

“Dah ada solid foundation, air tandas nak ambil mana? Electrik nak ambil mana? Water sprinkler? Nak design routing cable and piping nak elak beam sana sini tu, MEP Engineer tak tidur malam dok fikir tau,” katanya.

Sekurang-kurangnya panggilah satu engineer untuk ditemubual

Tambahnya lagi, pelbagai keperluan lain yang perlu difikirkan oleh pihak jurutera dalam memastikan bangunan tersebut selesa dan selamat untuk dikunjungi orang ramai.

“Bangunan dah gah tak kan nak pakai kipas tangan? Aircond kena ada. Berbuih mulut HVAC Engineer nak fikir!

“Tapi sikit pun tak dihighlight pasal Engineer. At least panggillah seorang engineer untuk di Interview. Anyway, begiitulah nasib Engineer. Time good-good memang orang tak ingat kat Engineer.

“Tapi cuba bangunan ada problem? Time itulah akan keluar ayat..”Ni semua salah Engineer,” katanya.

Tak wajar salahkan Majalah 3

Bagaimanapun, ada seorang individu berpendapati, pihak Majalah 3 tidak wajar disalahkan sepenuhnya.

“Kebiasaan bila nak shoot dokumentari, penerbit atau wartawan akan berjumpa dengan pihak yang berautoriti untuk bertanya siapokah yang patut ditemubual.

“Lebih-lebih lagi kalau slot tersebut dibeli oleh pihak berkenaan, memang kena ikut kehendak mereka. Production hanya urus part teknikal dan susun serta suggest idea untuk jadikan storyline mengikut konsep dokumentari,” kata Raden Azwan.

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

The post ‘Bila bangunan problem, ini semua salah engineer’ – Jurutera kecewa Majalah 3 tak ‘highlight’ penglibatan engineer dalam pembinaan bangunan Merdeka 118 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar