-->

‘Aku tak goyang la han@t!’ – Tak puas hati kawasan rumah diceroboh lembu, lelaki kelar leher & tikam perut haiwan ternakan di Felda Kemahal

Sedang tular di media sosial, video seorang lelaki nekad mengelar leher lembu menggunakan senjata tajam, mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada petang Jumaatt di Felda Kemahal, Pahang itu, saspek dikatakan tidak berpuas hati apabila haiwan ternakan milik orang kampung itu masuk ke kawasan rumahnya.

Berang dengan kejadian itu, saspek terus menangkap haiwan itu sebelum dikelar dan ditikam.

“Dia kelar lembu tu, lepas tu dia tikam perut lembu. Lembu orang, masuk belakang rumah dia.

“Mungkin lembu itu ada makan tanaman dia. Jadi dia pun bengang, dia tangkap dan terus kelar,” kata sumber.

Ketika suspek berbuat demikian, sekumpulan kanak-kanak lelaki turut memerhatikan perbuatan kejamnya itu dari belakang.

Saspek bersedia terima kecaman

Video yang sama turut ditularkan di Facebook dan saspek menegaskan bahawa dia tidak takut menerima sebarang kecaman netizen.

“Aku tak goyang lah han@t! Kasi on (viral) satu dunia lah, kecam-kecam tu aku hadap lah sampai habis.

“Permintaan dari kuncu-kuncu tuan lembu Sg Felda Sungai Kemahal. Sama-sama puas hati, saksikan persembahan ini sampai habis,” kata Quazrem Wbr, pemilik Facebook berkenaan, sejam yang lalu.

Apa yang dilakukannya itu sudah cukup memuaskan hatinya yang dipercayai sudah lama menahan kesabaran dengan sikap pemilik haiwan berkenaan membiarkan ternakannya bebas tanpa sebarang pengawasan.

Di ruangan komen, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap saspek yang jelas sekali menganiaya haiwan.

Sumber: Facebook

The post ‘Aku tak goyang la han@t!’ – Tak puas hati kawasan rumah diceroboh lembu, lelaki kelar leher & tikam perut haiwan ternakan di Felda Kemahal appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar