-->

’12 Rabiul Awal kita sambut kelahiran Nabi, tapi tarikh itu lah kiamat paling dashyat untuk Nabi, hembuskan nafasnya yang terakhir’ – Ustaz Abdullah Khairi

Setiap kali menjelangnya tanggal 12 Rabiul Awal umat Islam khususnya akan mengingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad, pelbagai acara dan program yang diaturkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak sekolah.

Namun begitu, menerusi satu ceramah yang disampaikan oleh pendakwah Ustaz Abdullah Khairi, beliau menyatakan 12 Rabiul Awal merupakan kiamat yang paling dahsyat buat Nabi Muhammad S.A.W.

“12 Rabiul Awal kita sambut kelahiran Nabi, tapi tarikh itu lah kiamat paling dashyat untuk Nabi. Nabi menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Pada pagi Subuh, bila Bilal laungkan azan, Nabi bangun dan memberitahu anaknya Fatimah bahawa baginda tidak larat dan meminta melantik Abu Bakar menjadi imam.

“Bila tahu Nabi tak larat, Salman angkat bawak pergi masjid. Sesampai je di masjid, Nabi berkata ‘wahai Abu Bakar naik lah engkau jadi imam’.

“Bila langkah Saidina Abu Bakar berdiri, angkat takbir 12 Rabiul Awal, Saidina Abu Bakar menangis,” katanya.

Saidina Abu Bakar menangis ketika solat

Ketika sedang solat, jemaah mula tertanya-tanya mengapa kedengaran Saidina Abu Bakar menangis.

“Saidina Abu Bakar tidak henti menangis sehingga timbulkan persoalan. Pada pagi itu merupakan pagi yang terakhir bagi para sahabat tengok wajah Nabi.

“Dah habis sembahyang, mereka angkat Nabi balik ke rumah. Ketika sampai di rumah, Nabi berpesan kepada Fatimah baginda tidak mahu menerima tetamu kerana keadannya yang uzur,” katanya.

Selang beberapa ketika, rumah Nabi diketuk. Dan Nabi menjawab kepada anaknya, Fatimah bahawa rumah mereka sudah dikunjungi Malaikat Izrail.
“Ya Rasullah, aku telah mencari akan umur mu dan pagi ni pagi yang terakhir untuk mu Ya Rasullah,” kata Malaikat Izrail.

Nabi Muhammad turut bertanyakan kepada Malaikat Izrail keberadaan Malaikat Jibril yang sentiasa membantunya saat susah dan senang, namun Malaikat Jibril menjawab tidak mampu melihat saat kematian Nabi Muhammad S.A.W.

“Ya Rasullah, walaupun engkau kekasih Allah, tetapi mati ni sakit Ya Rasullah,” kata Malaikat Jibril.

Baginda masih mengingati umatnya walaupun nyawanya sudah hampir

Walaupun sudah mengetahui kematiannya sudah hampir, baginda masih mengingati umatnya.
“Jibril kata umat kamu yang pertama masuk syurga, ada yang masuk syurga tanpa hisab, engkau bagi syafaat Ya Rasullah.

“Nabi kata pada Malaikat Izrail, jika begitu ambil lah nyawaku. Nabi diambil nyawa pada 12 Rabiul Awal yang kita sambut hari kelahiran Nabi. Itu lah hari kematian Nabi.

“Nabi kekasih Allah, ditarik lembut, sampai dekat lutut Nabi kuatkan suara menyebut Allah. Sampai dekat pusat, Nabi kuatkan suara ‘Allah’. Menangis dikatakan Jibril dan Izrail dan Izrail menjawab ‘Ya Rasullah, ini paling mudah, Ya Rasullah.

“Ketika Nabi sebut ‘Tuhan Yang Paling Tinggi’, lalu Nabi celupkan tangannya dalam bejana yang ada air,Nabi sapu di kepala atas sampai ke bawah kerana tak tahan dengan sakaratul maut. Apabila nyawanya keluar melalui ubun,tersebar lah haruman kasturi yang tak dapat dicium manusia dan jin,” kata Ustaz Abdullah Khairi.

Jelas pendakwah itu lagi, ketika Aisyah melihat saat-saat terakhir Nabi, dia berasa gerun kerana tidak tahu pengakhirannya bagaimana.

Sumber: TikTok, Ustaz Abdullah Khairi

The post ’12 Rabiul Awal kita sambut kelahiran Nabi, tapi tarikh itu lah kiamat paling dashyat untuk Nabi, hembuskan nafasnya yang terakhir’ – Ustaz Abdullah Khairi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar