-->

Wanita hamil 6 bulan maut, selepas motosikal terlanggar anjing ketika dalam perjalanan pulang ke rumah

Penunggang motosikal terlanggar anjing

Seorang wanita hamil enam bulan dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Keru-Batu Belang, tengah hari malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun itu sempat dikejarkan ke hospital. Malangnya disahkan meninggal dunia pada jam 2.10 pagi.

Siasata awal mendapati, mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Keru Hulu dengan menunggang motosikal jenis Modenas Dinamik.

Tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlenggar seekor anjing dan menyebabkan kenderaannya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.10 pagi semasa menerima rawatan.

“Mayatnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

The post Wanita hamil 6 bulan maut, selepas motosikal terlanggar anjing ketika dalam perjalanan pulang ke rumah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar