-->

‘Puas hati duit RM32,000 (tudung) junjung atas kepala’

Seorang wanita yang juga merupakan pengasas jenama tudung, berkongsi video di TikTok mengenai tudung eksklusif yang bernilai RM32,000.

Dalam video itu, seorang wanita yang dipercayai kakitangannya, kelihatan seolah-olah menggeletar ketika memakaikan tudung mahal itu ke atas pengasas jenama tersebut.

“Dengan ini saya mengumumkan harga tudung yang saya pakai ni berharga RM32,000. Puas hati duit RM32,000 junjung atas kepala,” katanya.

Dalam pada itu, kapsyen dalam video tersebut juga menyatakan perbandingan di antara orang berkemampuan dan tidak berkemampuan ketika melihat harga barang yang mahal.

“Beza orang tak ada duit dengan orang berduit bila tengok barang mahal:

“Tak ada duit, mulut terlopong pastu cakap baik aku beli emas. Dan orang berduit, senyum, sambar dan terus bayar,” katanya.

Video itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen. Walaupun ada yang mengkritik, ada beberapa penggemar tudung berkenaan tampil mempertahankan produk tersebut yang dikatakan amat berkualiti.

“She is the founder of the tudung kak oi. Tudung dia memang harga beribu-ribu. Telekung dia pun belas ribu,” kata netizen yang menjelaskan kepada netizen lain berkemungkinan mempersoalkan harga tudung tersebut.

“Maaf la, bukan nak back up dia. Material tudung dia memang sumpah best. Manik-manik dia pula susah nak tercabut dan dia punya kelim atau baby seam kemas. Basuh banyak kali pun kain sama macam awal-awal beli, lembut,” tambah seorang lagi netizen.

Sumber: TikTok, Twitter

The post ‘Puas hati duit RM32,000 (tudung) junjung atas kepala’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar