-->

‘Kedua-dua isteri wajib menjadi kawan baik’ – Lelaki kongsi pengalaman hidup berpoligami, dapat kifarah kerana tidak berlaku adil & amanah

Realiti hidup berpoligami tidak seperti yang selalu ditularkan.

Isu mengenai perkahwinan kedua pempengaruh terkenal Abang Tesla masih menjadi perbualan netizen dan juga selebriti sehingga dijadikan sebagai parodi.

Isu poligami ini juga menarik perhatian seorang lelaki yang mendakwa dirinya sudah melalui fasa hidup berpoligami.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, lelaki berkenaan menasihati kaum lelaki bahawa keadilan dalam poligami dapat dicapai sekiranya mendapat persetujuan dari isteri secara mutlak.

“Ada sedikit pengalaman hidup dan nasihat kepada lelaki. Kesimpulan saya, kita lelaki yang tidak mampu berlaku adil. Tiada kemampuan zahiriah, lahiriah, kecuali mendapat perkenan persetujuan kedua-dua Isteri secara total dan mutlak.

“Dan kedua-dua isteri wajib menjadi kawan baik. Barulah poligami itu Indah Nian. Kalau naga sama naga, definitely kita lelaki yang sakit kepala.

“Jika naga bertemu naga, akhirnya kita lelaki yang jadi manusia yang akan dipersalahkan kerana tidak mampu bertanggungjawab dan adil apabila berpoligami,” katanya.

Ujarnya lagi, dia sudah menerima segala pembalasan atas tindakan yang dilakukannya.

“Musibah dan bala bertimpa-timpa sekarang menimpa saya mungkin adalah kifarah dan balasan Allah kepada saya kerana tidak berlaku adil, tidak amanah dan tidak bertanggungjawab terhadap kedua-dua Isteri dan keenam-enam anak hasil daripada pernikahan yang sah berpoligami mengikut undang-undang negara pada usia 30-an.

“Bebanan berpoligami sangat besar. Tanggungjawab terbeban tidak mampu dipikul oleh mana-mana lelaki. Itu realitinya.

“SOCMED ‘Abang Tesla’ Minggu ini di mana masing-masing cuba menjadi hero dengan berpoligami. Ada lelaki cuba berseronok dengan kehidupan poligami baru dua hari,” katanya.

Selain itu juga, dia menasihati kaum lelaki di luar sana yang berhajat untuk berpoligami supaya tidak bernikah di sempadan. Sebaliknya menggunakan khidmat peguam yang tersedia.

Sumber: Facebook Ahmad Helmie Hassan

The post ‘Kedua-dua isteri wajib menjadi kawan baik’ – Lelaki kongsi pengalaman hidup berpoligami, dapat kifarah kerana tidak berlaku adil & amanah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar