-->

‘Budak ni dah berpeluh ditinggalkan dalam kereta, hampir 40 minit tunggu, owner kereta tak muncul’ – Budak nyaris terkena strok haba

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui dalam keadaan lemah dan berpeluh selepas ditinggalkan oleh penjaganya kira-kira 40 minit dalam sebuah kenderaan berkunci.

Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan, sekumpulan orang awam bimbang dengan keadaan mangsa, cuba mencari jalan untuk mengeluarkan kanak-kanak itu dari kenderaan yang diparkirkan di tengah panas.

“Kesian budak ni, mana mak bapak dia ni? Main tinggal dalam kereta dengan tingkap tak dibuka. Kepala dia dah berpeluh ni,” kata orang awam.

Difahamkan, pengadu telah menunggu kira-kira 40 minit di kereta itu. Namun pemilik kenderaan itu langsung tidak muncul dan pengadu terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk pecahkan cermin kereta.

Mangsa kemudian telah dibawa ke pusat perubatan untuk mendapatakan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Tidak diketahui keberadaan penjaganya tetapi di media sosial, netizen menyelar tindakan penjaganya yang jelas sekali tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan kanak-kanak itu maut akibat strok haba.

“Allah kesiannya. Kita letak baju basah dalam kereta pun boleh kering. Inikan pula anak kecil macam ni. Kenapa masih ada lagi kes-kes macam ni?” kata Hamzah.

“Mak bapak mana yang kurang cerdik ni? Bangang mak bapak pun. Cuba letak pulak mak bapaknya macam tu dalam kereta panas, tanpa aircond,” kata Liyana.

“Ada mak bapak jenis macam ni. Ke memang saja nak menganiaya anak? Nasib baik orang awam nampak budak tu dalam kereta. Kalau tak, memang pengsanlah dalam kereta,” kata Dyla.

Sumber: Info Semasa Official

The post ‘Budak ni dah berpeluh ditinggalkan dalam kereta, hampir 40 minit tunggu, owner kereta tak muncul’ – Budak nyaris terkena strok haba appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar