-->

Budak 3 tahun maut dilanggar kenderaan pacuan 4 roda semasa bermain skuter di kawasan perumahan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda, semasa bermain skuter di kawasan perumahannya di Eco Spring, Tebrau.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu yang berlaku pada jam 6.30 petang Jumaat, 4 Ogos 2023.

Difahamkan kenderaan pacuan empat roda itu dipandu oleh lelaki berusia 32 tahun. Menurut portal Majoriti, pemandu berkenaan merupakan kontraktor yang sedang melakukan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian rumah penduduk di taman itu.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran berdekatan dan kini sedang tular di media sosial.

Berdasarkan video CCTV menunjukkan, mangsa sedang bermain skuter dan berhenti di lokasi kejadian sebelum dilanggar kenderaan tersebut. Mangsa kelihatan cuba mengelak, namun tidak sempat lalu terperosok di bawah kenderaan itu.

Tidak beberapa lama kemudian, kedengaran jeritan wanita dipercayai ibu mangsa, yang terkejut menyaksikan kejadian itu lalu berlari mendapatkan anaknya.

“Tiada sebarang kenyataan media yang akan dikeluarkan bagi menghormati keluarga mangsa,” kata Raub.

Sumber: The Star, Majoriti, Isu Semasa Official

The post Budak 3 tahun maut dilanggar kenderaan pacuan 4 roda semasa bermain skuter di kawasan perumahan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar