-->

Viral guru & staff lambat datang tidak dibenarkan masuk ke sekolah oleh pelajar pengawas

Wujudnya peraturan di sekolah adalah untuk mendisiplinkan para pelajar. Salah satu peraturan yang wajib dipatuhi adalah tidak boleh datang lewat ke sekolah. Bagi pelajar yang melanggar peraturan itu, mereka akan dikenakan denda.

Berlainan pula dalam satu kes di Jakarta, tular video di media sosial menunjukkan sekumpulan guru dan kakitangan sekolah tidak dibenarkan masuk kerana terlewat beberapa minit di mana peraturan menetapkan sesi persekolahan bermula dari jam 7.20 pagi.

Video yang dimuat naik oleh TIkTOker @bohay91830 pada Isnin, 24 Julai memperlihatkan guru dan kakitangan tidak dibenarkan masuk ke sekolah SMK Negeri 4 Bangli dan perlu menunggu di luar terlebih dahulu.

Video tular itu mengundang banyak perhatian netizen yang bersetuju peraturan itu bukan hanya perlu dipatuhi oleh para pelajar, malah wajar dipatuhi oleh guru dan kakitangan sekolah.

“Guru datang lambat, pintu pagar ditutup sehingga tamat waktu perhimpunan,” tulis Bohay pada kapsyen video tersebut.

@bohay91830

guru dan staf juga manusia,tempat kami salah tapi bukan sengaja..tidak semua yg bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami dan inilah salah satu pengamalan pancasila untuk membentuk karakter peserta didik yang kami terapkan disekolah,bahwa siapapun yang terlambat harus menghadapi konsekuensinya.maaf atas keterlambatan kehadiran kami,semoga kedisiplinan kedepannya bisa lebih ditingkatkan,sehingga bisa menjadi contoh dan panutan yang baik sebagai tenaga pendidik.#smk #guruterlambat #terlambatsekolah #keadilansosialbagiseluruhrakyatindonesia #pks #osis

♬ Tiara Andini Tega – Sadvibes🥀

Difahamkan, pagar sekolah ditutup oleh beberapa pelajar pengawas yang ditugaskan di pintu masuk. Bukan sahaja tidak membenarkan guru dan kakitangan sekolah terbabit masuk, malah nama-nama mereka turut dicatit untuk dijadikan sebagai bahan laporan bagi sekolah.

Menurut Bohay, dia bukan sengaja terlambat pada hari kejadian. Sedangkan pada hari itu dia sudah bangun awal dan perlu menguruskan beberapa perkara di rumah.

“Sudah bangun awal pagi untuk selesaikan urusan di rumah. Siapkan sarapan, siapkan anak untuk pergi sekolah. Tetapi saya masih terlambat.

“Guru dan kakitangan sekolah juga adalah manusia. Kami salah tetapi bukan sengaja.

“Inilah salah satu amalan yang digunakan untuk membentuk karakter pelajar yang kami terapkan di sekolah, bahawa sesiapa pun yang terlambat harus berdepan dengan akibatnya.

“Maaf kerana terlambat hadir ke sekolah. Semoga lebih berdisiplin di masa akan datang sehingga mampu menjadi contoh yang baik sebagai warga pendidik. Esok tak boleh terlambat lagi. Malu dengan para pelajar,” katanya.

Sumber: Liputan6, TikTok Apri Yansu (Bohay)

The post Viral guru & staff lambat datang tidak dibenarkan masuk ke sekolah oleh pelajar pengawas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar