-->

Remaja 16 tahun ambil dadah dari usia 9 tahun lacurkan diri bila tak ada duit

Setiap individu ada melalui fasa-fasa sukar dalam kehidupan. Dalam fasa-fasa tersebut, ada kisah disebaliknya yang menjadikan individu itu hidup dalam situasi tertentu.

Seorang wanita mendedahkan kisah perbualannya dengan banduan penjara yang ditemuinya. Apa yang menyedihkan, remaja yang berusia 16 tahun sudah terjerumus dengan najis dadah.

Usia 16 tahun bukan kali pertama mencuba, sebaliknya dikatakan seusia sembilan tahun remaja itu sudah bergelumang dengan dadah.

“Kenapa saya ajar diri saya jangan hukum orang pasal umur dia pertama kali ambil dadah umur sembilan tahun.

“Remaja ini cerita, ayahnya merupakan penagih dadah. Bila ayahnya tak mahu anaknya minta makan atau bising, ayahnya akan bagi sekali merasa dadah tu.

“Kalau dia dah dididik macam tu, saya nak hukum dia, tak boleh,” katanya.

@adzrinadzhar

Replying to @adamchoy386 NABI YUSUF as MASUK PENJARA, WALAUPUN TAK MER0G@L , MUNGKIN BOLEH AJAR DIRI KITA UNTUK TOLERANSI DALAM BERFIKIRAN. tq @podcastbdm ajaklah lagi. hahahaha #foryou #fyp #masukberanda #fypdongggggggg

♬ original sound – Adzrin Adzhar – Adzrin Adzhar

Wanita ini juga mendedahkan jika remaja tersebut tidak mempunyai wang untuk membeli dadah, dia terpaksa melacurkan diri.

“Saya minta maaf, saya terpaksa jujur. Kawasan Chow Kit, kat sana memang kawasan penagih dadah yang tegar.

“Adik ini, nak beli dadah tak ada duit, dia terpaksa melacurkan diri dan apabila terpaksa, mengandung. Dia dah tak kisah dah, janji dapat dadah,” katanya.

Rata-rata netizen terkejut mendengar pendedahan oleh wanita ini dan sedih mengenangkan nasib yang menimpa remaja tersebut.

Dan ada juga yang memuji wanita ini yang tidak terus menghukum kesalahan yang dibuat, sebaliknya mendengar luahan sendiri remaja berkenaan.

Sumber: TikTok

The post Remaja 16 tahun ambil dadah dari usia 9 tahun, lacurkan diri bila tak ada duit appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar