-->

Lembu mati tercekik dijadikan sembelihan korban satu keluarga tanggung rugi

Setiap kali sambutan Aidiladha, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjalankan ibadah korban.

Tetapi dalam keterujaan mengerjakan ibadah itu, nasib malang menimpa sebuah keluarga apabila mendapati lembu yang mahu dikorbankan telah mati tercekik sebelum sempat disembelih.

“Kami keluarga yang malang itu, imagine lembu yang nak disembelih dah tak bernyawa. Tali diikat terlalu ketat, lembik lembunya. Satu lembu tumbang tanpa dapat dimanfaatkan,” tulis Zyn.

Berdasarkan video tular itu, kelihatan seekor lembu yang telah diikat kakinya dan juga leher di sebuah tiang berdekatan. Kedengaran seorang lelaki membacakan nama-nama individu yang menyertai ibadah korban ini.

Tanpa memeriksa keadaan lembu tersebut, penyembelih terus menyembelih lembu tersebut. Dan dengan jelas, darah tidak memancut keluar.

Susulan video tular itu juga, tampil seorang ustaz memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

“Berdasarkan video tu, saya tengok hakikatnya lembu tu dah mati. Maka sembelihannya tidak sah. Antara sebab kematian tu saya lihat lehernya telah terjerut dengan tali yang teruk.

“Maka saya ingatkan kepada orang-orang yang ingin melakukan korban dan penyembelihan, semasa kita nak merebahkan binatang, kita nak ikat binatang, pastikan binatang tak tercekik dengan teruk sehingga mati.

“Kasihan kepada yang buat korban tu, duit rugi banyak, tak jadi korban sebab sembelihan tak sah.

Sumber: Twitter Ell, Hafiz Firdaus

The post Lembu mati tercekik dijadikan sembelihan korban, satu keluarga tanggung rugi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar