-->

Kes kompaun wanita berseluar pendek sudah selesai MPKB setuju batalkan kompaun RM50

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bersetuju membatalkan kompaun terhadap wanita yang juga pemilik perniagaan yang didakwa memakai seluar pendek di premisya sendiri.

Menurut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembatalan kompaun itu dibuat selepas MPKB berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).

Kor Ming turut menegaskan, tidak timbul isu pihaknya mewakili Kerajaan Persekutuan untuk campur tangan dalam isu berkenaan.

“Isu ini sebenarnya sudah selesai. Ketua Pengarah JKT sudah berbincang dengan MPKB dan pihak berkuasa tempatan itu sudah pun setuju untuk batalkan kompaun terbabit keranaia tidak munasabah.

“Harus saya tegaskan, ini adalah masyarakat berbilang kaum dan bangsa. Jadi, tiada isu untuk kata Kerajaan campur tangan. Lagi pula antara slogan Kementerian Pembangunan Tempatan (KPKT) adalah perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro, 1 Julai 2023.

Sebelum ini, bapa kepada wanita berkenaan, See Yeap Seng, 51, meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu berkenaan. Malah dia telah membayar kompaun RM50 yang dikenakan oleh MPKB terhadap anak perempuannya berusia 35 tahun.

“Saya terima banyak panggilan berhubung isu ini termasuk daripada parti politik yang menawarkan khidmat guaman. Namun saya menolak kerana menganggap ramai pihak mengambil kesempatan memandangkan PRN akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya tidak mahu memperbesarkan is ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan daripada MPKB sendiri,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Kes kompaun wanita berseluar pendek sudah selesai, MPKB setuju batalkan kompaun RM50 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar