-->

Festival Good Vibes 2023 dibatalkan, KKD buat laporan polis terhadap vokalis The 1975 & gesa penganjur bayar ganti rugi kepada penonton

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang berbaki sehingga hari ini dibatal serta-merta.

Melalui kenyataan yang dikongsikan di Facebooknya hari ini berkata, pendirian kerajaan adalah jelas di mana pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh dan melanggar undang-undang Malaysia.

Sedar dengan keputusan itu memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket, Fahmi menggesa penganjur mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada penonton.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah membuat laporan polis terhadap vokalis kumpulan The 1975 dan penganjur festival yang gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan oleh Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL).

Kumpulan The 1975 turut disenarai hitam daripada membuat sebarang persembahan di negara ini.

Sementara itu, pengunjung festival juga bersetuju dengan tindakan kumpulan itu disenarai hitam kerana aksi Matty Healy jelas sekali biadab dan kurang sopan.

“Dia kena hormat nilai-nilai di negara ini. Perkara berkaitan LGBT ini sememangnya sudah ditekan tidak boleh oleh kerajaan. Mereka (The 1975) sepatutnya buat kajian sebelum menerima tawaran untuk membuat persembahan di sini,” kata Iskandar Zulkarnain, 30.

Sumber: Bernama

The post Festival Good Vibes 2023 dibatalkan, KKD buat laporan polis terhadap vokalis The 1975 & gesa penganjur bayar ganti rugi kepada penonton appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar