-->

‘Dalam report kata anak saya dah mati semasa dibawa ke hospital, ini tidak betul’ – Bapa dakwa anaknya mati disebabkan kecuaian hospital

Tular satu video menerusi TikTok yang mendakwa anaknya meninggal dunia akibat kecuaian doktor di sebuah hospital, di negeri Selangor.

Pendedahan itu dibuat oleh bapa mangsa yang berasa kecewa dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab kakitangan hospital berkenaan.

“Saya menunggu lama untuk beberapa proses (borang dan pembayaran). Semasa di wad kanak-kanak, datang seorang lelaki dia tengok kat tempat oksigen, dia kata kurang.

“Masa itu barulah mereka bergegas dan kelam kabut nak bawa anak saya ke katil yang sepatutnya. Masa itu dah terdetik rasa tak puas hati.

“Anak saya takut jarum, dalam keadaan lemah, mereka paksa anak saya diikat kedua-dua belah tangan dan kaki. Selepas itu dipegang lagi. Anak saya kata, tolong jangan ikat dia,” katanya.

@mrwancaiofficial

Pendedahan Dari Si Ayah. Di Sebalik Kisah Kematian Adik Dea Maisarah,Ada Perkara Yang Tidak Sepatutnya Berlaku. Cara Kematiannya Di Palsukan. Sedih😭 #fypシ゚viral #FardhuKifayah #UnitKhasVanJenazah #HidupDemiIslamMatiKeranaAllah

♬ bunyi asal – mrwancaiofficial77 – mrwancaiofficial77

Setelah mendengar anaknya merayu supaya jangan diikat, jawapan daripada pihak hospital mengejutkannya.

“Kalau kau berikan kerjasama, kami tak akan buat macam ini,” kata kakitangan berkenaan.

Semasa anaknya meronta-ronta, pengadu mendakwa ketika itulah nafas anaknya terhenti.

Pengadu juga mendakwa pihak hospital telah memalsukan laporan kematian anaknya. Kononnya mangsa meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Saya sangat tidak berpuas hati. Mereka menyatakan dalam laporan, anak saya dah meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Ini tak betul. Takkanlah saya buat pembayaran untuk daftar masuk orang mati?,” jelasnya yang sambil menunjukkan resit bukti pembayaran.

Pengadu berharap kes anaknya mendapati perhatian pihak berwajib dan dapat membantunya mendapatkan keadilan buat anaknya.

“Saya berharap agar anak saya mendapat keadilan yang sepatutnya. Saya mewakili semua rakyat Malaysia yang tidak tahu layanan sebegini. Ini sangat memalukan kalau pihak-pihak luar dapat tahu,” katanya.

Menerusi satu komen, difahamkan anaknya menghidap penyakit asma yang kronik.

Sumber: TikTok

The post ‘Dalam report kata anak saya dah mati semasa dibawa ke hospital, ini tidak betul’ – Bapa dakwa anaknya mati disebabkan kecuaian hospital appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar