-->

Bekalan ayam di kedai Aceh dibiarkan terdedah, tikus ambil kesempatan gigit ayam

Satu rakaman video tular di TikTok memaparkan seekor tikus sedang menggigit ayam mentah yang diletakkan di dalam kotak dibiarkan terdedah begitu sahaja.

Dipercayai, lokasi kejadian adalah di sebuah kedai perniagaan milik warga Aceh yang terletak di Klang.

Menurut pengadu, kejadian itu dirakamkan pada jam 1 pagi dan kebiasaannya dilihat tikus-tikus besar berada dalam kedai milik warga Acheh.

“Aku share bagi korang beringat masa nak beli lauk basah yang terdedah ini risiko pasti ada,” katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut sudah dimaklumkan kepada pekerja kedai tersebut.

@fadhilahmad3031

aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni 😂😂 , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau … aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan … #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca

♬ Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug – Rian DTM

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa geli dengan perkongsian tersebut. Dan tidak menolak punca keracunan makanan dan penyakit kencing tikus yang semakin berleluasa mungkin disebabkan kecuaian seperti ini.

Netizen turut mempersoalkan tahap kebersihan kedai tersebut sehingga didatangi oleh haiwan yang tidak diundang.

Sumber: Fadilah Ahmad

The post Bekalan ayam di kedai Aceh dibiarkan terdedah, tikus ambil kesempatan gigit ayam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar