-->

Banyaknya kereta sewa! Geng-geng kereta sewa penuhi semua lorong lebuhraya & pandu perlahan undang kemarahan ramai

Tindakan sekumpulan pemandu kereta mewah yang memandu secara perlahan sehingga memenuhi setiap lorong lebuhraya tanpa mengira kesannya kepada pengguna jalan raya lain, mengundang kecaman netizen di media sosial.

Menurut sumber yang memuat naik video tersebut, rakaman itu dibuat bagi mempromosikan acara Perarakan Supercar dan Sportcars di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 Julai ini.

Berdasarkan video berdurasi 50 saat itu, kira-kira 10 buah kenderaan berkenaan memenuhi semua lorong lebuh raya dan dipandu secara perlahan menyebabkan pengguna lain terpaksa bersesak kira-kira satu kilometer.

Di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan berkenaan yang sanggup menyusahkan orang lain demi kepentingan diri.

“Sayang je kereta mahal-mahal bawa 20 km/j kat highway. Macam bawa kereta masa belajar kat driving school. Habis jem kat belakang. Baik pakai Myvi je la. Sekurang-kurangnya berani pancung kereta lain,” kata Nora.

“Memang betullah orang tua-tua cakap. Makin kita berduit dan berharta, makin jauh kita dengan hati yang rendah. Makin sombong dan pentingkan diri. Inilah contohnya,” kata Zaha.

“Buat traffic jem, menyusahkan orang. Bila kena report, acah-acah tak tahu kena buat permit. Tak sedar dah menyusahkan orang,” kata Aizat.

Sumber: Facebook Utama Motors

The post ‘Banyaknya kereta sewa!’ – Geng-geng kereta sewa penuhi semua lorong lebuhraya & pandu perlahan undang kemarahan ramai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar