-->

‘Saya bimbang kalau Leona ni jenis bod*h setiap hari’ – Azhar Sulaiman

Pelakon Azhar Sulaiman meluahkan rasa bimbang terhadap anaknya yang saban hari dikecam di media sosial kerana melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.

Dalam hantaran terbarunya, Azhar berharap Kasih Iris Leona berhenti menimbulkan kontroversi yang menyebabkan dirinya dikecam teruk di media sosial.

“Ada orang, ada hari bod-h dia. Now I’m worried if my dotter, Leona, ni jenis yang bod-h setiap hari. Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke, tak berhenti-henti buat kontroversi?” katanya menerusi hantaran di Facebook sebelum dipadamkan.

Sumber: Oh! Media
Sumber: Oh My Media

Terdahulu Leona sekali lagi mencetuskan kontroversi di media sosial ekoran video terbarunya yang hampir menunjukkan bahagian dada apabila membuat video TikTok bersama dengan rakannya.

Leona bagaimana menegaskan netizen tidak perlu mengambil peduli dan berhenti mengecam apa jua gaya pemakaiannya kerana itu adalah pilihan sendiri. Malah, dia turut menggesa pihak media berhenti daripada membuat berita palsu mengenai dirinya.

Sebelum itu, Azhar ada menitip pesanan buat anak perempuannya itu untuk kurangkan berkongsi apa jua aktivitinya di media sosial bagi mengelakkan dia dikecam berterusan.

The post ‘Saya bimbang kalau Leona ni jenis bod*h setiap hari’ – Azhar Sulaiman appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar