-->

Nooryana Najib mahu lihat anaknya, Adam Razak, mewarisi perjuangan UMNO

Perhimpunan Agong UMNO 2023 telah melabuhkan tirainya. Memetik laporan daripada MalaysiaKini, sebanyak 7,000 perwakilan dari seluruh negara berkampung, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) selama empat hari berbahas dan menyuarakan idea dengan satu matlamat bahawa mengembalikan keyakinan Melayu kepada parti itu.

PAU kali ini juga merupakan yang kedua tidak dihadiri oleh bekas presiden Najib Razak yang digelar ‘Bossku’ di kalangan pengikutnya. Namun begitu, ucapan daripada anaknya, Nooryana Najwa Najib menjadi tumpuan.

“Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan akan bersama bossku.

“Saya mempunyai satu impian mahu melihat UMNO bangkit sekali lagi menjadi sebuah parti kuat dan dominan. Saya ingin merasa sekali lagi memori yang telah saya lalui semasa kecil dulu UMNO dilihat sebuah parti yang disegani.

“Saya juga ingin melihat anak saya, Adam, memakai baju melayu merah, menyanyi lagu UMNO dan mengibarkan bendera parti satu hari nanti,” katanya

Dalam pada itu, Nooryana juga menyeru agar UMNO kembali bangkit seperti sebelum ini.

“Bermula membina kembali sokongan akar umbi, khususnya kubu kuat UMNO sebelum ini.

“Kita perlu berbalik kepada fundamental UMNO kita perlu pandai Ambik hati rakyat kita perlu bela nasib rakyat khususnya, petani, nelayan, peniaga kecil kerana mereka ini lah pengundi setia kita puluhan tahun,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini, The Star

The post Nooryana Najib mahu lihat anaknya, Adam Razak, mewarisi perjuangan UMNO appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar