-->

Meliwat rakan sepenjara, 3 banduan ditambah 5 tahun hukuman penjara, 1 sebatan

Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Khamis lalu telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap tiga banduan yang didapati bersalah atas pertuduhan meliwat rakan sepenjara di Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Februari lalu.

Tertuduh iaitu Muhammad Tarmizi Mohd Sandy, 25, Wan Zulharie Wan Mustapha, 32, dan Mohamad Ariff Emeran, 32, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Ketiga-tiga tertuduh yang sebelum ini sedang menjalani hukuman berkaitan kesalahan kes dadah, didakwa sengaja meliwat mangsa berusia 26 tahun di dalam sebuah bilik di Blok Amanah, Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

Mereka dibicarakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (AKta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry, yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

“Malah, kesalahan dilakukan tertuduh ketika sedang menjalani hukuman bagi kesalahan lain dan sepatutnya tertuduh menunjukkan kelakukan yang baik,” katanya.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengenakan hukuman minimum terhadap mereka.

Hakim Mohd Zul Zakiqudin menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap kesemua tertuduh dari tarikh mereka dituduh.

Sumber: Berita Harian

LihatTutupKomentar