-->

Kena pukul dengan geng Honda Fatin dakwa Opai dipukul geng Honda sampai masuk hospital

Awal Jun lalu, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Opai atau nama sebenarnya, Aliff Awang, dengan secara terbuka menghina pemilik kenderaan jenis Honda Pekak, Mustang dan Mercedes Benz yang dikatakan bukan kategori supercar.

Tindakannya menganggap tiga jenis kenderaan itu sebagai najis, mencetuskan kemarahan golongan pemilik kenderaan tersebut.

Semalam, pengendali laman Facebook Scrut pula mendedahkan gambar Opai dan isterinya bergambar dengan sebuah supercar berwarna hijau sebelum ini juga bukan milik lelaki itu.

Sebaliknya, kereta mewah Mclaren itu milik individu lain yang didaftarkan di atas nama sebuah syarikat persendirian. Nombor pendaftaran QPA1 yang dipamerkan pada depan kenderaan itu juga adalah palsu.

Scrut tidak menolak kemungkinan Opai berbuat demikian untuk menunjukkan dirinya kaya sahaja.

12 jam yang lalu, Fatin menerusi Instastory memaklumkan suaminya dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan akibat dipukul oleh geng Honda.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai kejadian, mahupun perkongsian gambar atau video kecederaan, termasuk salinan laporan polis yang dikongsikan kepada umum.

Sumber: Instagram, Facebook

The post ‘Kena pukul dengan geng Honda’ – Fatin dakwa Opai dipukul geng Honda sampai masuk hospital appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar