-->

‘Jangan bawa najis ke sini!’ – Opai hina pemilik kenderaan bukan supercar, ditegur Tunku Panglima Johor

Media sosial sepatutnya menjadi platform yang dimanfaatkan untuk berkongsi pandangan atau info yang berguna kepada pelayarnya. Namun, adakalanya demi mendapatkan perhatian, ada yang sanggup memuat naik aksi atau kenyataan tidak menyenangkan.

Terbaru, suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang atau Opai, dikatakan telah mengeluarkan kenyataan menghina pemilik kenderaan lain yang dianggapnya bukan ‘supercar’.

“Bila kita sebut supercar, Ford Mustang bukan dalam kategori supercar. Mustang, kereta-kereta Mercedes AMG, Honda Pekak, itu semua bukan supercar.

“Supercar ni paling bangang pun Nissan GTR. Itu entry level. Bangang dalam golongan elite.

“Ada la dua tiga kereta (bukan supercar) nak masuk tadi, kita dah halau dan halang. Jangan bawa najis ke sini! Tadi ada dua biji Honda FK8R, kita kata woi! Jangan hina kami!” katanya semasa menghadiri pameran kenderaan mewah di Pavillion baru-baru ini.

Kenyataan Opai itu mengundang rasa jijik netizen yang kemudian mengecamnya. Ada yang mendakwa dia sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk tujuan marketing.

“Believe me, narcissistic macam ni takkan sedar. Bukan kali pertama dia buat benda angkuh macam ni. Dia lagi suka bila viral macam ni untuk marketing diri dia.

“Ubat untuk dia, jangan layan dan jangan ulas. Sama ubat macam Aliff Syukri. Bad viral or nice viral diorang tak kisah. Asalkan diorang dapat views,” komen Kiripit.

Jangan angkuh!

Sementara itu, keriakan lelaki itu turut mendapat perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman yang memberi teguran kepadanya

“Tolong jangan jadi angkuh dan pandang rendah apa yang orang lain pandu. Awak tidak tahu betapa susah payah mereka bekerja untuk membeli kereta! Tolong jangan buat keputusan yang mana satu adalah supercar dan sebaliknya.

Instagram Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman

“Bagi saya, semua kenderaan adalah unik, mempunyai rekabentuk dan bunyi berbeza. Peminat kereta sebenar boleh memandu apa jua jenis kenderaan yang mereka mahukan dan tidak wajar dikritik atau dipandang rendah,” katanya.

Menurut Tunku Panglima Johor, seseorang itu haruslah sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi Tuhan yang mana ia juga boleh diambil semula dalam sekelip mata.

Menyedari video tular itu mendapat kecaman ramai, Opai tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan apa yang berlaku adalah spontan.

@abeyjaawithfad_

Steadyy Opaii Alpiaw Buat Permohonan Maaf🙏🏻 Mengenai Content Yang Viral Di Pavilion #fyp #honda #opaialpiaw

♬ original sound – Pemain Bola – Pemain Bola

“Latest video saya yang viral, saya nak buat penjelasan. Sebenarnya video itu sangat spontan.

“Statement dalam video itu sebenarnya ditujukan kepada rakan-rakan saya yang membawa Mustang, AMG dan Honda FK8 yang datang pada hari itu dan tidak dapat sertai event pada hari itu.

“Bukannya bertujuan nak menghentam mana-mana individu ataupun kumpulan yang membawa kereta tersebut. Masa itu semua orang tengah seronok dan spontan. Tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa.

“Saya memohon maaf. InsyaAllah benda macam ni hanyalah salah faham,” katanya.

Sumber: Twitter, Instagram

LihatTutupKomentar