-->

Founder Misi dalam misi perkenalkan mata wang timbulkan kekeliruan netizen

Sebelum ini tular mengenai kutipan sumbangan untuk diagihkan kepada baby Naail.

Tidak dapat dinafikan rakyat Malaysia sangat prihatin dengan perkembangan baby Naail sehingga jumlah kutipan dana dapat dikumpul sebanyak RM9 juta.

Disebalik kejayaan mengumpul dana ini, ada individu yang begitu tekun dan sabar dalam menjalankan misi ini. Founder Misi dianggap sebagai hero kepada baby Naail.

Rata-rata memuji sikap pengasas ini dan pasangannya yang tidak putus asa dalam menjalankan misi. Isterinya turut membongkarkan rutin harian suaminya dalam usaha membantu Baby Naail.

Perkenal mata wang baharu?

Namun begitu, akhir-akhir ini ada satu kenyataan yang dibuat oleh founder Misi yang telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen/pengikutnya mengenai aktiviti yang terbaharu diperkatakan.

“Mata wang baru akan mula diperkenalkan bersama di dalam Projek Misi Farms ini.

“Mata wang ini akan ada nilai tersendiri di dalam kitaran ekonomi baru rakyat. Saya akan bentangkan info mata wang misi ini very soon di TikTok dan Twitter. Komen jika berminat,” tulis Founder Misi melalui Twitter.

Pandangan peguam

Mengulas lanjut mengenai kenyataan itu, seorang peguam menyatakan menjadi kesalahan sekiranya menggantikan kaedah yang berkaitan dengan Ringgit.

“I read his following tweets after this one, konsisten dengan kaedah “matawang” atau sesuatu yang boleh ganti Ringgit.

“This is a possible offence under S.18 Akta Mata Wang 2020 yang kalau disabitkan kesalahan, denda RM 50 juta. Tak semestinya wang, apa apa instrumen dilarang ya.

“Nota, syiling, token, dokumen atau instrumen yang ada nilai boleh dijual beli, adalah dilarang.

“Tak pasti apa “matawang” baru yang disebut brother ni sebab tak ada penjelasan melainkan hanya “boleh ganti cara kita sekarang”. Pasanglah lawyer benda benda gini to advise on law,” katanya.

Namun begitu, peguam ini menasihati agar Founder Misi meminta pandangan pihak berwajib sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan orang ramai

“My advise adalah, jangan guna perkataan matawang tu. Sebab public ingat akan ganti Ringgit dan boleh trigger Bank Negara. Dan cepat cepat lah keluarkan penjelasan. Kalau benda baik, ikut laws and regulations, mesti orang sokong,” tulisnya.

Sumber: Founder Misi, JattIkhwan

The post Founder Misi dalam misi perkenalkan mata wang, timbulkan kekeliruan netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar