-->

Fokus cari anak saya bukan Jocelyn Chia Indira kritik KPN minta bantuan Interpol

Kehilangan anaknya sehingga kini terus menjadi tanda tanya. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, tetapi belum menemui nokhtah.

Serentak dengan isu yang berlegar mengenai pelawak komediri, M Indira Gandhi meluahkan rasa kecewa. Indira meminta pihak polis fokus mencari anaknya, Prasan Diksa.

Indira, bekas guru tadika yang kini menjadi tutor, mengkritik Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani selepas beliau mengumumkan polis Malaysia sedang mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan Chia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) kerana menghina dan memperlekehkan rakyat Malaysia ketika persembahan komediri di Comedy Cellar di New York, AS baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan PDRM sedang meneliti langkah sewajarnya dalam usaha mempercepatkan proses menyatukan kembali Indira Gandhi dengan anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa.

Ketika ini belum ada sebarang petunjuk mengenai lokasi bekas suaminya iaitu Muhammad Riduan Abdullah yang hilang bersama Diksa pada 2011.

Pada Januari 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Memetik laporan Berita Harian Ogos 2020 pula, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata usaha untuk menjejaki bekas suami dan anak kepada wanita ini tidak dipandang remeh dan beliau turut mengulas kecaman netizen mengenai tugasan polis.

“Mereka (netizen) ingat hendak tangkap Muhammad Riduan ini seperti tangkap ayam? Kami hendak tangkap seorang manusia yang sentiasa berpindah-randah di sebuah negara.

“Saya tidak boleh masuk secara tiba-tiba ke dalam negara itu dan tahan dia,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insight, Berita Harian

The post ‘Fokus cari anak saya, bukan Jocelyn Chia’ – Indira kritik KPN minta bantuan Interpol appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar