-->

Cermin 4 buah kereta pecah angkara suspek warga asing baling batu bata

Beberapa pengguna jalan raya terpaksa berputih mata apabila kenderaan mereka mengalami kerosakan dan pecah cermin kereta angkara perbuatan khianat.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku di Jalan Cochrane berdekatan simpang empat Petronas atau Wisma Indah, Pudu Kuala Lumpur itu didalangi oleh individu yang tidak bertanggungjawab membaling batu bata ke arah kenderaan-kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Sumber: Info Semasa
Sumber: Info Semasa

“Dia ada kat bawah sana (jambatan). Tak tahu dia punya (mental) ke apa. Empat buah kereta semuanya kena baling. Ada yang kemek, ada yang pecah cermin,” kata salah seorang mangsa.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan juga, kelihatan beberapa cermin kereta pecah dan batu batu yang dibaling suspek menembus masuk ke dalam kereta.

Setakat ini, tiada dilaporkan kecederaan yang menimpa mangsa-mangsa. Namun begitu, berdasarkan komen maklum balas dari netizen mereka mengatakan kebiasaannya pelaku merupakan warga asing.

“Ini depan IKEA Cheras ni, belakang Grand Royale KTV tu. Memang warga Bangla dengan Myanmar je banyak area Pudu tu memang diorang la punya kerja. Entah dia bengang apa entah dengan warga tempatan, semua kereta dia baling batu,” kata salah seorang netizen.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk menyalurkan kepada pihak polis.

Sumber: Info semasa

The post Cermin 4 buah kereta pecah angkara suspek warga asing baling batu bata appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar