-->

‘Bila dah terkena macam ni, memang pangkah terus’ – Reseller terpaksa tanggung kerugian, dakwa dianiaya usahawan selebriti

Sebelum ini sudah beberapa kali tular mengenai keluh kesah ejen-ejen yang menjual produk keluaran seorang usahawan terkenal yang juga merupakan seorang selebriti.

Sekali lagi nama produk keluaran selebriti itu dipetik gara-gara didakwa tidak bertanggungjawab terhadap produk yang dijual dengan harga yang berbeza kepada ejen-ejen.

Perkara itu didedahkan di TikTok oleh seorang ejen yang mendakwa terpaksa menanggung kerugian apabila pihak HQ menjual produk itu dengan harga yang jauh lebih murah. Harga berikut dikatakan sempena promosi pada 06 Jun di TikTok.

“Tak fikir langsung pada reseller, suruh kita join promo 6.6 tapi kerugian kita yang tanggung. Kos reseller beli RM26/kotak, HQ jual dengan harga RM10/kotak.

“Kalau berintegriti, buktikan. Beli semua stok-stok kami yang beku dan rosak ni,” katanya.

Walaupun sudah dimaklumkan dengan kerugian tersebut, namun dakwanya pihak tersebut tidak mahu bertanggungjawab.

“Sebelum kecam saya, ketahuilah ini adalah kali pertama saya guna dan jual produk ni. Sebelum ni tak pernah ambik port pasal kontroversi dia.

“Bila dah terkena macam ni, baru terbuka mata dengan kes-kes dia yang lepas. Memang pangkah terus. Tapi masih banyak stok nak habiskan,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib individu ini dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama berurusan dengan usahawan tersebut.

“Louder sis! Kita sekapal. Saya tak tahu macam mana nak viralkan, terima kasih. (Kes saya), ada 600 kotak, struggle nak jual, tapi hampeh punya HQ,” tulis Hazizi Nadiah.

“Saya juga pernah kena macam ni. HQ tekan Ds sampai nak mati. Last, semua berambus. Stokis I pun pesan dekat I suruh cabut, pi buat benda lain,” tulis Linda Kamal.

Sumber: TikTok Kedai Abang Lejen

The post ‘Bila dah terkena macam ni, memang pangkah terus’ – Reseller terpaksa tanggung kerugian, dakwa dianiaya usahawan selebriti appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar