-->

(Video) 'Awak pegawai apa?! Mamak kat kedai ni pun tak berani tegur saya merokok' - Lelaki bengang ditegur anak muda kerana merokok di restoran mamak



Umum mengetahui pihak berkuasa telah mengenakan larangan merokok di warung/kedai/restoran dan barang sesiapa yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan kompaun. 

Malangnya, masih ada perokok yang memberi alasan tidak mengetahui tentang pelaksanaan larangan itu. Malah ada pula yang enggan peduli, ditambah pula dengan pemilik premis yang tidak serius membantu kerana takut kehilangan pelanggan. 


Semalam tular di media sosial video seorang lelaki dianggarkan berusia lingkungan 50-an mahu menyerang pelanggan lain yang menegur perbuatannya merokok di restoran mamak. 


Menurut perakam, semasa kejadian itu berlaku, lelaki terbabit duduk di meja belakang dan merokok tanpa sebarang rasa bersalah. Hal itu menimbulkan rasa kurang senang mereka, lalu membuat teguran terhadapnya. 


Malangnya, teguran itu tidak diterima dan bertukar menjadi pertengkaran sambil disaksikan oleh pelanggan lain dan pekerja premis yang hanya mampu memerhatikan sahaja. 


Pakcik Baju Hijau (PBH): "Awak ni pegawai apa?! Mamak kat kedai ini pun tak berani tegur saya la."


Pemuda: "Saya minta jangan merokok dekat sini saja. Saya minta elok-elok tetapi awak yang biadab."


PBH: "Biadab apa?!" 


Pertengkaran itu kemudian dileraikan oleh rakan perakam dan di penghujung video turut ditunjukkan kedudukan perokok itu berada berdekatan dengan mereka. 


Dalam masa yang sama, jelas kelihatan dalam video ada pelanggan yang membawa anak-anak kecilnya di premis tersebut dan sudah tentu asap rokok itu akan menimbulkan rasa kurang selesa pelanggan lain. 



Di media sosial, netizen berpendapat adalah bahaya mengambil tindakan sendiri seperti ini kerana ia boleh mendatangkan risiko pergaduhan dan kecederaan.


"Kalau ada perokok di tempat yang tidak sepatutnya, maklumkan kepada pengurus premis untuk tindakan. Jangan ambil tindakan sendiri. Pengurus premis perlu bertegas terhadap perokok kerana risiko kompaun daripada pihak berkuasa akan ditanggung oleh pemilik premis sekiranya perkara itu tidak dilarang," kata Mgt. 


"Orang tua ke tak tua ke, aku tengok tak ada satu pun orang muda itu kurang ajar. Dia cuma tegur, yang kurang ajar adalah orang tua itu," kata Fakhrul. 


"Budak-budak baru nak belajar hidup ni terpelajar. Sebab itu mereka tahuapa salah dan apa yang betul. Yang kurang diajar adalah orang tua itu. Nak mati, matilah seorang. Nak tarik sekalibudak-budak muda baru nak belajar hidup itu kenapa? Tahu tak orang yang hidu asap rokok lagi tinggi peluang untuk meninggal dunia?" kata Shiee. 


Sumber: Twitter



LihatTutupKomentar