-->

Sungguh Dermawan! Jutawan Perak Derm4 RM100K Buat Baby Athif, Buat Ramai Kagum dan Terharu

Sebelum ini kita telah digemparkan dengan Misi Rakyat kutipan derma buat Baby Naail yang telah berjaya terlaksana pada 10 Mei 2025 sehinggakan membuat ramai kagum dan membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih lagi mampu berjuang bersama untuk membantu bagi insan yang memerlukan.

Kini tiba pula bagi giliran Baby Athif iaitu nama penuhnya Muhammad Athif Fahri yang mana telah menghidap penyakit (rare disease) iaitu SMA (Spinal Muscular Atrophy) Type 1 yang mana doktor mengatakan hanya 60% bayi yang menghidap penyakit seperti ini tidak akan bertahan dan mencapai umur 2 tahun jika todak mendapat rawatan dan ubat dengan kadar segera.

Berikut perkongsian  bagi biodata bagi Babt Athif.

Anak ke-3 (bongsu) dilahirkan pada 3/3/2022 di IIUM. Mencecah usianya 2 bulan, Athif masih boleh bernafas dengan sendiri dan menyusu badan. Apabila usianya mencecah 3 bulan, ototnya semakin lemah dan doktor telah memasukkan tiub susu dan Baby Athif terpaksa bernafas menggunakan bantuan pernafasan (Bipap).

Tangan dan kakinya turut melemah saban hari.

Menurut perkongsian warganet, yang dimana Baby Athif kerap berhenti bernafas dan bibirnya kering enjadi biru membuatkan hati rakyat Malaysia merasa sangat kesian akan keadaanya. Tahap pernafasannya turut menurun dengan mendadak shingaa 30%.

Justeru dengan ini, founder misi rakyat iaitu Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi telah melancarkan kempen kutipan derma berjumlah RM9 Juta ringgit Malaysia.

Menurut perkongsian vidoe beliau di tiktok @foundermisi, belia sempat melawat Baby Athif dirumah sejurus mendengar khabar keadaan Baby Athif melalui media masa.

@foundermisi

Founder bertemu Athif

♬ original sound – Founder Misi


Disebabkan kedatangan beliau ke rumah itu, membuatkan suasana di sana menjadi sungguh sebak khusus buat ibu dan bapa kepada Baby Athif. Mereka tidak menyangka akan kedatangan fouder misi rakyat dalam misi membantu Baby Athif.

Jutawan Perak

Pada malam 19 Mei 2025, fouder misi rakyat Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, telah berjumpa dengan seorang jutawan dari Perak yang sanggup datang daripada Perak yang mana menyatakan hasrat untuk meyumbang sebanyak RM100K sebagai sumbangan ikhlas derma beliau buat Baby Athif di sebuah cafe.

Derma RM100K itu diserahkan kepada founder misi rakyat Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi secara langsung berbentuk cheque.

Video tersebut telah tersebar luas di media sosial tiktok yang mana founder misi rakyat juga menyatakan bahawa video-video beliau sebelum ini juga banyak telah disekat disebabkan terlalu meluas tersebar.

Dalam perkongsian video pertemuan tersebut, jutawan Perak yang bernama Abdul Rahim Bin Tahir iaitu founder ataupun pengasas bagi Imika Empira bersama isteri beliau turut hadir bagi menyempurnakan misi rakyat buat Baby Athif.

Diakhir hujung video tersebut, founder misi rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi berkata, berkat daripada sumbangan yang telah didapati itu, kini jumlah yang masih diperlukan lagi adalah sebanyak RM5.5 Juta.

@foundermisi

♬ original sound – Founder Misi

Netizen Kagum

Rata-rata netizen kagum dan bangga serta mendokan buat jutawan tersebut kerana masih ada jutawan di Malaysia ini mengambil berat bagi insan yang sangat memerlukan.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama kita merialisasikan misi ini buat Baby Athif. Sama-sama kita doakan yang terbaik dan harapan agar segala urusan dipermudahkan tanpa ada sebarang dugaan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sumber: tiktok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar