-->

Suami rakam video isteri beraksi di kebun teh, sebelum dijual di Twitter dengan harga RM92

Tular di media sosial video lucah yang dipercayai dirakam di kebun teh Daerah Rancabali, Jawat Barat, Indonesia mengundang perhatian pihak polis.

Setelah disiasat, polis berjaya mengesan individu yang memuat naik video tersebut di media sosial. Remaja berusia 17 tahun itu kemudian dipanggil untuk membantu siasatan.

Dalam keterangan awalnya, suspek mengaku telah membeli video itu pada September 2022 yang membawa kepada penahanan pasangan suami isteri berusia 42 tahun dan 27 tahun di kediaman pasangan itu di Kota Bandung.

Si suami yang dikenali sebagai ‘RM’ mengaku bahawa dia yang membuat rakaman video itu, sementara isterinya, DM, melakukan aksi-aksi melampau tersebut.

DM mengakui dia sebenarnya terpaksa berbuat demikian kerana diarahkan oleh suaminya. DM pula mengakui video itu dirakam pada Jun 2022, untuk koleksi simpanan peribadi sahaja.

Julai 2022, RM mendaftar akaun Twitter untuk menjual empat video tersebut tanpa pengetahuan dan persetujuan isterinya. Bahkan, dia turut menjual video itu kepada kanak-kanak bawah umur.

RM mengakui dia menjual video aksi melampau isterinya di Twitter dari harga RM30 hingga RM107 untuk satu video.

Suspek menjelaskan dia sebenarnya tiada niat untuk melakukan ‘perniagaan’ itu. Sebaliknya video yang dirakam hanya untuk koleksi peribadi sahaja. Video

Bagaimanapun sebulan kemudian, RM berubah dan nekad mahu menjual video tersebut dan dari ketika itulah dia mula menjual video tersebut dan mencatat keuntungan RM1,354 kurang dari setahun, yang dikira sudah cukup untuk menanmpung keluarganya.

“Tidak, saya tidak minta keizinan dari isteri untuk menjual videonya. Saya terus mendaftar Twitter dan jual video-video itu semua di sana,” katanya.

RM hanya baru mengetahui video isterinya viral beberapa bulan lalu di media sosial.

“Saya baru tahu kelmarin selepas ia viral di media sosial. Rupa-rupanya ramai yang sudah menonton video tersebut,” katanya.

Mahkamah mendapati pasangan itu bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

Sumber: Kompas

The post Suami rakam video isteri beraksi di kebun teh, sebelum dijual di Twitter dengan harga RM92 appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar