-->

'Staff (Mira) I kiss boss dia, ini dikira marketing ke?' - Shermine nafi buat marketing dengan cara murahan



Sebelum ini satu persatu bukti didedahkan oleh Shermine Hau atau lebih dikenali sebagai Ah Moi terhadap skandal suaminya View Chin dan staff mereka. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, Ah Moi lebih banyak mendiamkan diri menyebabkan netizen tertanya-tanya.


Menjawab pertanyaan netizen, Shermine berkata dia telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak membuat sebarang hantaran di media sosial dan semua bukti perlu dibawa ke mahkamah nanti.


"Netizen tanya saya dah tak ada bukti nak didedahkan ke? Yes, semua bukti itu akan ditunjukkan di mahkamah nanti. Jadi, lawyer kata jangan post apa-apa lagi di media sosial.


"Yang netizen menyebelahi View Chin kata kami sudah bercerai dan suruh saya move on serta jangan kacau mereka berdua lagi, korang kena jelas, siapa yang kacau saya dengan anak-anak dulu? Biadab betul," katanya.  


Menurut Shermine, status penceraian dia dan suaminya sebelum ini adalah tidak sah dan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap View Chin dan Amirah Aqilah.


"Perceraian ini tidak sah, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka berdua. Sekarang saya guna undang-undang untuk selesaikan perkara ini. Saya diam bukan bermaksud saya lemah!


"Kepada netizen yang kata ini (isu rumah tangga) adalah markketing, staff saya cium boss dia ini dikira marketing ke? Saya takkan buat marketing dengan cara ini okay!


"Saya dengan pihak View Chin sedang berbincang untuk mengasingkan syarikat kami dan staff semua juga sedang berbincang macam mana nak asingkan. Sekarang masih dalam peringkat perbincangan untuk menetapkan syarat-syarat.


"Jadi netizen tak perlu fikir yang bukan-bukan. Bagi saya ruang untuk selesaikan masalah ini dulu dan selepas itu akan buat pengumuman," katanya.


Dalam pada itu, Shermine menegaskan sekali lagi, dia tidak pernah menghalang View Chin daripada bertemu dengan anak-anak mereka. Apa pun yang berlaku di antara mereka, View Chin tetap bapa kepada anak-anaknya. 


"Saya perlu bangkit kerana saya perlu teruskan hidup untuk anak-anak. Hati yang sudah tersakiti, saya tak boleh buat apa-apa. Teruskan kehidupan pun bukanlah senang tetapi saya kena fokus pada kerja dan lupakan semua masalah ini. Saya serahkan segalanya kepada peguam," katanya..


Sumber: Shermine Hau-Ah Moi



LihatTutupKomentar