-->

'Siap tunjuk kad kuasa polis, drive macam setan!' - Lelaki dakwa dibuli samseng jalan raya, rupa-rupanya...



Satu rakaman video tular  berdurasi 1 minit 20 saat memaparkan kejadian seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang anggota polis menjadi samseng jalanan yang berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke Ulu Klang. 


"Salah seorang pembuli jalanan yang kurang ajar! Cucuk-cucuk rapat belakang. Dengan depan pun banyak kereta, speed pun dah cecah 110 km/j.


"Sekali suruh anak pegang wallet, rupanya nak tunjuk kad kuasa dia. Nak tunjuk dia polis. Terbaik la. Tunjuk kad kuasa kononnya nak bagi orang takut," kata pengadu yang telah membuat laporan polis.


@izatabdwahab Video sebelum ni kena buang. Anggota p*l*s tunjuk sams**ng! Siap tunjuk kad kuasa lagi! Biadap! @pdrmsia_official @pdrmalaysia_ @polisdirajamalaysia.999 #PDRM #FYP #foryourpage #DUKE #poliskualalumpur #pdrmmalaysia ##fypシ #fypシ゚viral #viral #fypage ♬ original sound - IZAT ABD WAHAB


Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda City telah memandu secara berbahaya  dan cuba mengganggu perjalanan pengadu. Subjek bertindak mengeluarkan seperti kad polis dan menunjuk ke arah pengadu.


Walaubagaimanapun, subjek juga telah membuat laporan polis dan mengatakan pengadu telah mengganggu laluannya tanpa memberikan lampu isyarat untuk mengubah haluan.


"Subjek bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya pengadu berhenti. Semakan mendapati subjek adalah merupakan seorang anggota polis bantuan sebuah bank.


"Kes telah disklafikasikan sebagai Rujuk kepada Majistret atau "RKM". Pihak IPD Wangsa Maju akan merujuk ke agensi Polis Bantuan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.


Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah. 


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan kepada IPD Wangsa Maju atau mana-mana balai polis berhampiran. 



LihatTutupKomentar