-->

Pohon Doa Orang Ramai, Penyanyi Ayda Jebat Jatuh Sakit. Nabil Mahir Beritahu Keadaan Terkini Isterinya

Petaling Jaya – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 31, hari ini memaklumkan dia positif C.ovid19 selepas mengalami sakit tekak selain suhu badan naik turun sejak semalam.

Semalam sudah rasa sakit-sakit tekak. Pengurus saya cakap mungkin sebab pengambaran saya di luar kemudian masuk dalam bangunan ada penghawa dingin.

Sekadar info, Nur Suhada Ayda Jebat ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 9.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200 peratus. Kredit filem beliau termasuk Gila-Gila Remaja 2 dan Pinjamkan Hatiku.

Moga Cepat Sembuh

Tapi saya pernahlah rasa badan panas sejuk, panas sejuk, dan sakit tekak, katanya.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu bagaimanapun bersyukur dia tidak melakukan sebarang kontak dengan suaminya Nabil Mahir serta anak mereka, Ana Nayla.

Nasib baik balik tak jumpa baby. Mandi terus baring. Anak pula tidur dengan Nabil. Bila bangun pagi ini saya masih lagi sakit tekak. Jadi, saya buat swablah.

“Sakit tekak saja buat masa sekarang. Harapnya tiada apa-apalah. Tapi itulah Sabtu ini saya ada persembahan pula di Singapura,” katanya.

Terdahulu, Ayda memuat naik hantaran di Instagram menunjukkan alat ujian C.ovid19 dibuatnya memiliki dua garis. Dia memohon sesiapa yang ada berjumpanya untuk melakukan swab juga.

Positif hari ini. Siapa yang jumpa saya khasnya semalam, tolong buat ujian swab hari ini dan dua, tiga hari seterusnya. Maaf sangat.

Saya tiada simptom yang t.eruk. Sakit tekak sahaja jadi mohon siapa yang sakit tekak jangan tunggu tunggu atau biarkan ingat sakit tekak saja. Swab terus ya, katanya.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



LihatTutupKomentar