-->

Lelaki warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut doktor gigi, keluarga tuntut penjelasan

Seorang wanita mendedahkan bapanya yang berusia 64 tahun meninggal dunia selepas menjalani prosedur mencabut 12 batang gigi di Hospital Singburi, Thailand, yang menyebabkan mangsa mengalami pendarahan tidak terkawal.

Wakil dari Hospital Singburi yang ditemui di upacara pengebumian mendiang Som Sak Khum Khrong di Tokong Wat Sadao mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, namun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai kejadian itu.

Menurut anak perempuan mangsa, Chanthana Khum Khrong berkata, bapanya menghidap penyakit hati yang mendorongnya untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 12 Mei dan dimasukkan ke hospital sehingga 15 Mei serta dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa bapanya memerlukan antibiotik.

23 Mei, pihak hospital menyarankan agar 12 batang gigi mangsa yang sudah mereput dikeluarkan dalam dua fasa di mana tujuh batang gigi akan dikeluarkan dahulu dan bakinya pada fasa kedua. Namun, Chanthana tidak faham mengapa begitu banyak gigi bapanya perlu dikeluarkan, sedangkan kesihatan bapanya tidak begitu membenarkan prosedur itu dilakukan.

Selepas menjalani prosedur itu, Som Sak mengalami pendarahan tanpa henti sepanjang malam. Jururawat hanya memberi kain kapas (gauze) untuk digigit tetapi Som Sak tercekik apabila kain itu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Jururawat menegaskan kain itu perlu dimasukkan semula atau mereka menolak untuk merawat Som Sak menggunakan ubat-ubatan mahal yang boleh menghentikan pendarahan itu.

Chanthana mendedahkan, wakil Hospital Singburi menawarkan borang permohonan kepadanya untuk menuntut pampasan dan mengarahkannya menandatangani dan menyerahkan borang itu kepada pihak hospital untuk proses selanjutnya.

Sumber: Thaigers

The post Lelaki warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut doktor gigi, keluarga tuntut penjelasan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar