-->

'Kenapalah seksa diri macam ni, bersenam sampai nak pitam' - Janna Nick cemburu tengok orang lain makan 2-3 pinggan tapi tak gemuk



Bagi yang mengikuti akaun media sosial pelakon Janna Nick, sudah pasti sudah terbiasa melihat perkongsian gambar-gambar dirinya membuat senaman. Ada yang memuji, tidak kurang juga yang sebaliknya. 


Namun, Janna sebenarnya mempunyai sebab yang kukuh mengapa dia kerap bersenam. Selain bertujuan menguruskan berat badan, Janna memaklumkan dia bukannya mahu menyeksa diri, sebaliknya dia mahu menjadi seperti orang lain untuk makan makanan sedap tanpa had. 


Tetapi untuk Janna, dia tidak dapat berbuat demikian kerana berat badannya cepat naik jika makan tanpa kawalan.


"Kadang-kadang saya terfikir, kenapalah kena menyeksa diri sampai macam ni. Bersenam sampai rasa macam nak pitam eh. 


"Jawapan dia sebab I want to eat good food. Bestnya la jadi orang yang makan, melantak dua tiga pinggan pun tak gemuk-gemuk. 


"Tapi tak apalah, bersenam pun bagus untuk kesihatan mental. Cuma nak start balik selepas bulan puasa ni rasa macam... aduh beratnya," kata menerusi kenyataan di Instagram hari ini. 



Di ruangan komen, ada netizen sependapat dengannya di mana mereka turut mengalmai masalah yang sama. Tetapi disebabkan mahu menikmati makanan sedap, itu saja cara yang mereka perlu lakukan bagi mendapatkan berat badan yang diimpikan. 


Selain itu, ada yang menyarankan Janna mencuba kaedah senaman di luar seperti hiking, yang mana ia lebih pantas menurunkan berat badan. 


Tidak kurang juga yang berkata, berat badan Janna sudah ideal dan apa yang perlu dilakukan adalah teruskan bersenam seperti biasa.


"Don't push yourself. Banyak senaman yang tak perlu teruk-teruk tetapi kesannya bagus. Yang penting sihat dan tak stress. Ada yang boleh buat di rumah," kata Sedapliciouz. 


"Hahaha! Kita exercise sebab ak makan makanan sedap-sedap," kata Eyra. 


"You tak gemuk pun Janna. You have a good body. Just enjoy your life, bukan senang ya nak dapat body macam you. Aset ada, yang lain slim je. Why nak seksa diri you," kata Honney. 


Melakukan aktiviti bersenam adalah baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa bersenam biarlah mengikut kemampuan badan bagi mengelakkan kemudaratan diri. 


Sumber: Instagram Janna Nick



LihatTutupKomentar