-->

Kantoi curang berkali-kali, lelaki nekad bunuh teman wanitanya menggunakan pisau dapur

Seorang wanita berusia 28 tahun, ‘NF’, dari Kota Singkawang, Kalimantan Barat, maut dibunuh oleh teman lelaki yang sebaya dengan usianya, ‘JO’.

Ketua Pegawai Siasatan Jenayah Singkawang, Sihar Binardi Siagian berkata, JO membunuh mangsa kerana kecewa dengan wanita itu seringkali curang dan mengkhianati kepercayaannya.

“Suspek nekad membunuh mangsa kerana sakit hati, mangsa kerap curang di belakangnya,” katanya kepada media Ahad, 28 Mei 2023.

Selepas menghabiskan nyawa teman wanitanya, suspek kemudian tampil menyerah diri di balai polis.

Menurut Sihar, pembunuhan itu berlaku di sebuah rumah di Kecamatan Singkawang Utara pada pagi hujung minggu. Pihaknya mendapati informasi daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa diambil dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya. Polis turut merampas beberapa barang bukti yang ditemui di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, mangsa maut akibat kesan kelaran di leher dan perut. Suspek dipercayai menyerang mangsa menggunakan pisau dapur.

Sumber: Kompas

The post Kantoi curang berkali-kali, lelaki nekad bunuh teman wanitanya menggunakan pisau dapur appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar