-->

Jep Sepahtu dirakam pandu Bently, netizen puji Jep tak pernah ‘show off’ kereta

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu menjadi perhatian netizen apabila satu video tular menunjukkan dirinya menaiki kereta mewah jenis Bently.

Menerusi video yang dimuat naik oleh rakannya, Angah, kelihatan Jep sedang berjalan menuju kenderaannya dan memandu keluar dari kawasan tempat letak kereta.

Video itu meraih lebih dua juta tontonan itu mengundang perhatian netizen yang memuji dan kagum dengan keperibadian Jep yang tidak menunjuk-nunjuk harta benda yang dimilikinya.

“Bagus Jep ni, tak tunjuk kaya aset yang dia ada. Moga terus humble, Jep,” komen Azwa_Azizan.

“Jep tak pernah ambik gambar depan kereta dia walaupun kereta dia mahal,” komen Kail_sejengkal.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan watak Tapan di dalam sitkom Sepahtu Reunion Live dalam kehidupan realiti Jep.

“Hasil titik peluh buat wiring rumah orang, dobi sungai akhirnya Tapan mampu beli Bently,” tulis Ajiqharis.

Dalam masa sama, netizen juga berbangga dengan pencapaian Jep yang dilihat semakin maju ke depan. Usaha dan peluang terbentang didepannya tidak disia-siakan sehingga dia berjaya menempa namanya dalam industri hiburan.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri telah berkahwin dengan selebriti yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

The post Jep Sepahtu dirakam pandu Bently, netizen puji Jep tak pernah ‘show off’ kereta appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar