-->

3 mangsa kritikal, gerai nasi lemak dirempuh kereta dipandu lelaki tiada lesen memandu

Seramai enam individu cedera, termasuk tiga lagi kritikal akibat dirempuh sebuah kereta Proton Satria terbabas di Jalan Hospital, Taman Suria, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 8.25 pagi yang melibatkan sembilan buah kenderaan.

Ketika kejadian, kesemua kenderaan tersebut berhenti di tepi jalan untuk membeli nasi lemak dari gerai berhampiran.

Gambar Ihsan Orang Awam
Gambar Ihsan Orang Awam
Gambar Ihsan Orang Awam
Gambar Ihsan Orang Awam

Siasatan awal mendapati, kereta Proton Satria yang dipandu oleh lelaki berusia 20 tahun itu dikatakan terbabas sebelum melanggar kenderaan di tepi jalan,lalu merempuh orang ramai yang sedang beratur untuk membeli nasi lemak.

“Seramai sembilan mangsa terbabit dalam kemalangan ini dan tiga daripadanya termasuk pasangan suami isteri yang peniaga nasi lemak di gerai itu cedera parah dan kritikal.

“Tiga mangsa ang kritikal dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut, manakala mangsa lain dihantar ke Hospital Jitra,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro.

Siasatan turut mendapati, pemandu terbabit yang berasal dari Jitra itu tidak mempunyai lesen memandu. Malah cukai jalan dan insuran kereta itu juga telah tamat tempoh.

Sumber: Harian Metro

The post 3 mangsa kritikal, gerai nasi lemak dirempuh kereta dipandu lelaki tiada lesen memandu appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar