-->

Tupperware bakal hentikan operasi, jualan jenama bekas kesukaan ibu-ibu didakwa merosot



Jenama ikonik isi rumah, Tupperware dalam satu kenyataan dikhabarkan hampir bankrap dan berkemungkinan besar akan menghentikan operasinya.


Tupperware yang sudah bertapak sejak 1950-an lagi dan telah mempunyai ramai peminat dari pelbagai negara itu juga dikatakan berisiko dikeluarkan dari Bursa Saham New York.


Syarikat itu juga minggu lalu menerima notis ketidakpatuhan dari NYSE kerana gagal mengemukakan hasil tahunannya kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. 


Tupperware, yang mempunyai keuntungan yang meledak pada pertengahan abad ke-20, terkenal dengan Parti Tupperware,  yang pertama kali diadakan pada tahun 1948.


Penjualan dan keuntungan terus menurun sejak beberapa tahun dan kembali meningkat ketika musim pandemik yang lalu.Ketika itu, ramai yang memasak dari rumah dan  menggunakan tupperware sebagai bekas simpanan makanan. Namun begitu, selepas Pandemik, penjualan semakin merosot. Penjualan telah menurun dari hampir $500 juta pada suku keempat 2020 menjadi hanya $313 juta pada suku keempat terbarunya.


Berhubung dengan perkara itu juga, Tupperware telah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk meneruskan operasi melainkan mereka mendapatkan pembiayaan tambahan dalam beberapa hari akan datang.


Selain daripada faktor ekonomi serta kos perniagaan yang semakin meningkat, turut disenaraikan penyebab lain berlakunya keadaan ini. Antaranya, syarikat ini menyatakan kesukaran untuk menarik minat pelanggan yang lebih muda bagi mempromosikan produk ini apatah lagi permintaan untuk memiliki barangan rumah semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.


Sumber: The Economic Times, The Straits Times



LihatTutupKomentar