-->

Tiba2 umum sedang h4 mil..” – Air mata tak henti masa cerita pada mahkamah.. Tak sangka pula …. Ini usia Kandungan bekas isteri Hafidz Roshdi..

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia sedang hamil cahaya mata ketiga dengan usia kandungan mencecah 10 minggu.

Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia mengakui tidak kuat dan memerlukan sokongan orang sekeliling apatah lagi isu berhubung kemelut rumah tangganya masih belum selesai.

“Ibu dah cuba untuk kuat. Ibu cuba hadap semuanya tapi sejujurnya ada hari, kekuatan tu tak sampai pada ibu. Semalam di mahkamah untuk mendapatkan hak ibu, ibu tak mampu tahan air mata.
“Air mata mengalir tak henti sewaktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu. Ibu dah cuba untuk kuat, sumpah demi Allah. Tapi ibu perlukan kekuatan dari sekeliling ibu.

“Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang ibu hadap sekarang. Ibu akan usaha sepenuh hati, kena kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar termasuk adik baru,” tulisnya.
Nurul Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram sebenar tadi.

Mengulas lanjut, Nurul Shuhada berkata, kekangan dihadapi ketika ini adalah dia dinasihatkan untuk tidak bergantung kepada ubat tekanan kerana bimbang faktor kandungan yang masih awal.

“Halangan terbesar ibu sekarang, usia kandungan masih awal. Ibu tak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan. Ibu takut beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

“Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ni, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ni,” katanya.Sumber: Instagram Nurul Shuhada



LihatTutupKomentar