-->

Syamsul Lama tk balik rumah sebab lra? Iuahn ibu buat individu ini “Anak lebih percaya orang yang baru..”

Baru-baru ini, ibu kepada pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail seakan meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hatinya di media sosial telah berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh ibu mentua kepada aktres Puteri Sarah di IG storynya, dia memaklumkan seorang anak lebih cenderung untuk lebih percaya individu yang baru hidup bersama berbanding dengan insan yang bergelar ibu.

“Masya-Allah, anak lebih percaya kepada orang yang baru hidup dengannya dari percaya kepada kata-kata ibu yang melahirkannya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Datin Patimah yang juga merupakan isteri kepada penerbit dan pengarah turut berharap agar Allah memberi petunjuk kepada golongan tersebut untuk kembali ke jalan yang benar.

“Ya Allah, berilah petunjuk ke jalan yang benar, buka jalan orang-orang yang sesat,” katanya lagi.

Terdahulu, Datin Patimah berharap menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana berdamai dengan suaminya secara bersyarat namun, aktres tersebut berhak untuk membuat keputusan bagi menentukan kebahagiaannya.

Terdahulu, Syamsul Yusof sedih apabila hubungan dengan ibu tercinta, Datin Patimah Ismail menjadi semakin rumit dan keruh susulan konflik rumah tangganya dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul berkata, dia percaya waktu akan menjadi ubat dalam menjernihkan hubungan mereka selepas Patimah meminta dia pulang ke rumah bagi menyelesaikan isu yang berlaku selama ini.

“Saya pun sedih. Siapa yang tak sayangkan ibu. Cuma mungkin bukan sekarang. Hanya masa yang akan menjernihkan keadaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) di sini, hari ini.

Syamsul ditemui bersama sepupunya Muhammad Nazri ketika menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah.

Terdahulu, media melaporkan bapanya yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap Syamsul dapat berjumpa ibunya dan meminta maaf bersempena kedatangan Ramadan.

Malah Yusof juga mendoakan bulan penuh rahmat itu dapat menjentik hati anaknya serta pihak yang terbabit dalam kemelut membabitkan keluarganya. Sebagai bapa dia sedih melihat situasi semakin tidak terkawal apabila Syamsul menganggap nasihat ibu supaya kembali ke pangkal jalan sebagai racun.

Perkara itu susulan tindakan Syamsul menyebut nama ibunya sebagai antara individu yang memintanya menceraikan Puteri Sarah ketika sidang media bersama peguamnya, kelmarin. Difahamkan, Syamsul sudah lama tidak bertemu ibu bapanya.

Sumber : Hmetro



LihatTutupKomentar