-->

'Saya yakin prekuel filem Mat Kilau akan catat 'box office' lagi' - Penerbit



Penerbit filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali, yakin prekuel filem itu yang seterusnya akan berjaya mencatatkan 'box office' kali kedua kerana pemilihan pengarah baru, barisan pelakon yang bagus serta skrip yang berkesan akan menjadi fenomena sekali lagi. 


Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti pengarah yang dipilihnya untuk menggantikan Syamsul Yusof serta barisan pelakon terpilih. Abdul Rahman yakin, pilihan yang dibuatnya kali ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan. 


"Kita memang ada cerita prekuel Mat Kilau yang bagus dan saya percaya kisah dibawa ini sangat menarik dan sesuai dengan permintaan pasaran. Insya-Allah akan diminati ramai juga. 


"Jalan ceritanya amat dekat dengan penonton yang pernah memberi sambutan kepada filem Mat Kilau sebelum ini. Saya amat yakin dengan kisah prekuel ini kerana bagi saya ia lebih menarik lagi. 


"Barisan pelakon yang dipilih sangat bagus dan mampu berlakon dengan berkesan. Saya yakin mereka ditunggu-tunggu oleh lapisan masyarakat penonton sama ada muda dan berusia," katanya. 


Jelas Abdul Rahman lagi, dengan ramuan yang tertentu dan secukupnya untuk menerbitkan filem prekuel tersebut, besar harapannya filem itu akan diterima oleh semua lapisan masyarakat biarpun tanpa sentuhan Syamsul dan pembabitan pelakon asal filem Mat Kilau. 


Sumber: Harian Metro



LihatTutupKomentar