-->

'Saya tak pernah cuba mengurat dia, kami hanya berkawan' - Zizan Razak nafi bersama Hawa Rizwana, tapi akui kehidupannya sunyi tanpa jodoh



"Bagi saya tak ada apa pun," kata pelakon Zizan Razak ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pengacara Hawa Rizwana yang selalu digosipkan bersama. 


Terdahulu dalam laporan Utusan, Hawa menjelaskan bahawa dia hanya menganggap Zizan sebagai seorang abangnya, tidak lebih dari itu. 


Senada dengan kenyataan Hawa, Zizan menjelaskan dia tidak pernah mencuba untuk mendekati Hawa, apatah lagi dia hanya menganggapnya sebagai adik. 


"Saya sendiri tak pernah anggap dia lebih daripada seorang adik. Kami hanya berkawan. Tetapi jangan pula ada yang kata saya 'adik-zone' dia. 


"Kami memang tak pernah ada apa-apa hubungan yang lebih daripada sekadar kawan. Saya pun tak pernah cuba mengurat dia," katanya. 


Dalam pada itu, Zizan mengakui dirinya tidak kisah dikaitkan dengan mana-mana selebriti wanita dan dia lebih rela membiarkan saja netizen membuat spekulasi sendiri. 


"Spekulasi itu boleh buat orang gembira. Peminat ada impian pasangan pilihan mereka masing-masing. Saya juga ada cakap dengan Hawa, layankan jelah," katanya. 


Walau bagaimanapun, Zizan mengakui dia adakalanya berasa sunyi hidup bersendirian berbanding rakan-rakannya yang lain sudah bahagia mendirikan rumah tangga. 


"Jujur cakap, adakala memang sunyi. Bila tengok rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan mereka, terbit pertanyaan bila aku nak rasa semua itu. Tetapi saya percaya dengan jodoh. Tuhan akan beri pada waktu yang terbaik," katanya. 


Sumber: Xtra, Utusan



LihatTutupKomentar