-->

'Saya kena jujur, tidak ada' - Adi Putra akui tak diberi bonus walaupun filem Mat Kilau raih keuntungan lebih RM90 juta



Meskipun filem epik Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan mencatat kutipan 'box office' lebih RM90 juta, pelakon utamanya, Adi Putra mengakui dia tidak menerima sebarang bonus daripada pihak berkenaan. 


"Saya kena jujur, tidak ada. Tapi saya tetap bersyukur," katanya ketika ditanya wartawan Harian Metro yang disiarkan pada Khamis, 27 April 2023. 


Berbeza dengan penghargaan yang diberi oleh penerbit filem lain, Adi Putra berkata dia dan barisan pelakon lain dalam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, mereka menerima bonus penghargaan daripada penerbit, susulan kejayaan filem itu di pawagam. 


"Terima kasih penerbit filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kerana memberi kami bonus penghargaan. 


"Berapa jumlah bonus, itu rahsia. Apa boleh dikata, syukur Alhamdulillah," katanya. 


Bagi Adi Putra, bukan barisan pelakon sahaja yang mendapat bonus, kru filem yang menjayakan naskah itu juga mendapat bonus sebagai tanda penghargaan. 


"Apa yang penting, penerbit menghargai barisan pelakon dan tenaga kerja. Pasukan filem ini saling hormat menghormati dan menghargai katanya. 


Unuk rekod, filem Air Force The Movie yang diterbitkan oleh Golden Screen Cinemas, FXHammer Films, Multimedia Entertainment dan SixFun Media berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM30 juta. 


Sebelum in, pelakon Johan As'ari yang terbabit dalam filem Mat Kilau juga mengakui dia tidak mendapat sebarang bonus daripada penerbit filem tersebut. 


"Saya memang tak dapat bonus pun daripada penerbit. Tapi saya tidak tahu pula dengan pelakon lain. Penerbit tak janji pun nak bagi bonus dan itu hak dia dan saya tak boleh marah. Saya juga tidak terkkilan tak dapat bonus itu," katanya. 


Terdahulu, penerbit filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali berkata, prekuel filem Mat Kilau yang seterusnya akan berjaya mencatat 'box office' buat kali kedua meskipun tanpa sentuhan pengarah Syamsul Yusof dan barisan pelakon lama. 


Ini kerana dia yakin pengarah dan pelakon gantian akan memberikan hasil kerjasama yang baik sekali gus mendapat sambutan hangat daripada penonton buat kali kedua berdasarkan track filem pertama. 


Sumber: Harian Metro



LihatTutupKomentar