-->

Rider Foodpanda Yg Menangis Kerana Dibuang Telah Dpt Perhatian Foodpanda. Ini Kenyataan Dari Foodpanda Tentang Lelaki Tersebut

Syarikat penghantar makanan, Foodpanda akan bertemu dengan penghantar makanan, Muhd. Saifuddin Mustafa, 28, esok bagi mendapatkan penjelasan susulan video tular di TikTok dua hari lalu.

Foodpanda menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu dibangkitkan Muhd Saifuddin itu selain sudah menghubungi pemuda itu sejak Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan dalaman pihaknya mendapati, lelaki itu gagal menghantar beberapa penghantaran makanan dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penghantar makanan.

“Kami turut menerima beberapa peringatan berhubung kegagalan penghantaran makanan oleh lelaki itu kepada pelanggan.

“Sebagai penyedia perkhidmatan, Foodpanda mempunyai tanggungjawab mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan selain memastikan makanan ditempah dihantar tepat pada masanya,” katanya.

Katanya, Muhd. Saifuddin bersetuju untuk bertemu dengan pihaknya esok bagi merungkai dakwaan dan kesulitan yang berlaku.

Sementara itu, Foodpanda turut berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar diatas keprihatinan terhadap isu kebajikan membabitkan sektor penghantaran makanan.

Sebelum ini, tular di laman sosial seorang penghantar makanan Foodpanda menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa telah dizalimi oleh syarikat berkenaan berhubung soal pembayaran gaji.

VIDEO:

Sumber – KOSMO! ONLINE.



LihatTutupKomentar