-->

Pesara tengah buang air kecil di landasan, maut dihempap lembu yang terpelanting akibat dilanggar kereta api



Seorang lelaki yang sedang membuang air kecil di landasan kereta api di Alwar, India, maut dihempap seekor lembu yang terpelanting akibat dilanggar kereta api, lapor Daily Star.


Siasatan mendapati, mangsa dikenali sebagai Shivdayal Sharma, merupakan pesara juruelektrik yang maut akibat dihempap oleh seekor lembu yang terpelanting ke udara setinggi 30 meter selepas dilanggar keretapi Vande Bharat. 


Kejadian itu menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. Pihak hospital turut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 


Kejadian itu mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk tempatan yang menggesa tahap keselamatan di kawasan landasan kereta api di seluruh India, dipertingkatkan bagi mengelakkan penduduk atau haiwan menceroboh kawasan tersebut. 


Sementara itu, Menteri berkaitan, Ashwini Vaishnaw berkata, kerajaan sedang mengambil langkah untuk menangani masalah itu. 


Selain memberi latihan kepada pemandu kereta api mengelak memandu laju di kawasan berisiko, pagar juga telah didirikan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.



LihatTutupKomentar